Sunday, November 29, 2009

Besday abg sayang

Kami celebrate besday 'sayang ayah' lambat 25 hari..sepatutnya besday hubby me 2 November, tp masa tu me masih lagi dalam tempoh bersedih & berkabung, yela masa tu kira 3 hari arwah adik meninggalkan kami. Even masa tu pon me terlupe besday hubby me, keesokan paginya barula me wish kt dia.Alhamdulillah dia faham sbb mlm tu pon ada kenduri tahlil dan me pon masih dlm keadaan sedih. To abg sayang, I'm so sorry k.. so utk tebus kesalahan, pada 27 November kelmarin sempena dengan sambutan hari raya aidiladha, kami sepakat celebrate besday ayang...


To abg sayang.... 'Happy Besday 29th..Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sampai ke akhir hayat hendaknya dan semoga kasih sayang abg pd kami semua semakin utuh.... AMIIINNNN.....

Thursday, November 12, 2009

haZiQ yg comel.....montel...cute...macam mama dia

video ni me rakam semasa raya 2009... masa ni kami semua reseacher buat trip beraya ke rumah muntel aka munirah di Jalan Hj.Mat, Kg pengkalan Batu... hari tuh me puasa 6..so berbuka puasa dirumah mun. mak dia masak mee kari yang sedap... tgkla si haziq, sedap banget sampai makan dalam periuk...


Tuesday, November 10, 2009

dh lama me x update blog nih.. ni kena update balik ni..yelaa ni motivate dari amirul nih la. so..me nak citer la pasal arwah adik me ni...ude.. sbb tgh rindu sesangat nih kat arwah...al-Fatihah buat arwah... ni petikan artikel yg me amik dari berita harian online..keratan akhbar ada kt rumah tu, tp malas nk bw p opis nk scan bagai..u all baca jela artikel ni ek.malas me nk bercerita details sbb me masih belum bersedia nk bercerita banyak2... sory k...

BERITA HARIAN online (1 Nov 2009)..
01/11/2009 Pegawai Imigresen naik ambulans maut Oleh Badrul Hizar Ab Jabar (253 wds) (Main Section)
JASIN: Hasrat murni seorang pegawai Imigresen menaiki ambulans untuk menemani dua rakannya yang cedera selepas terbabit dala
m satu kemalangan, sebaliknya bertukar tragedi apabila beliau terbunuh berikutan kenderaan dinaikinya, terbalik dalam nahas di Kilometer 16 Jalan Jasin-Bemban dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, Muhamad Fitri Jamaludin, 25, dari Jalan Orkid 5 Taman Maju, mati di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari pintu belakang ambulans berkenaan ketika dalam perjalanan ke Hospital Jasin (HJ) untuk menghantar dua rakannya yang cedera.


pic arwah masa raya pertama 2008...

arwah meninggal pada malam jumaat 30 Oktober 2009 jam lebih kurang 10.40 malam.. me masa tuh kt rumah tgh tido dgn bdk2 nih kat hall depan tv... husband me tgh berforex..suddenly tgh tido tuh mem mcm bermimpi arwah ni dtg dekat me then panggil ' kak chik!'..terus me tersedar, masa tu lbh kurang jam 11 mlm..xlama lepas tu hp me berbunyi, angah call, ingatkan nk beritahu k.nor nak bersalin, rupenya dia beritahu yg arwah accident dan meninggal..terus me dgn husband g hospital jasin... masa kat sana..semua ada; mak, abah, angah & kengkawan arwah.....

Masa sesi mengecam mayat kat bilik mayat hospital jasin, memang x blh me lupekan... sedih teramat sgt... pastu kami semua balik sbb kena tunggu post-mortem kat hospital besar melaka keesokan harinya.. means majlis pengkebumian pada keeskanya la.. 31 Oktober 2009..

Masa dirumah untuk memandikan mayat dan masa nak sembhyang jenazah..memang ramai sgt yg datang melawat.. memang penuh kawasan rumah me , masjd pon penuh dgn org.. memang me x pernah tgk manusia seramai itu semasa majlis kematian.. Alhamdulillah memang rezeki arwah dan arwah pon memang seorang yg baik...ermmm okla..me malas nk tulis bebanyak..nih pon dah kira banyak ni.. nnt mengalir air mata me nih... ermmm semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman..... kepada semua yg datang serta kawan2.. terima kasih yer..