Tuesday, July 31, 2012

pre-assesSMENT MS ISO/IEC 17025

31 July 2012 & 1 Aug 2012
Perbadanan Bioteknologi Melaka/Melaka Biotechnology Corporation
weee~ tarikh keramat, kami ada pre-assessment untuk ISO 17025. 

Sepanjang 2 minngu lepas memang menhazabkan untuk kami ISO team... fuuuuhhh finally the day arrive. Memang buzy giler2 . hahah terutamanya pada lab yg nak accredited Chemical & Food Technology Laboratory, Microbiology Laboratory and Porcine DNA test Laboratory untuk Halal.  Lab Plant Tissue Culture tak termasuk senarai lab servising sebab just for training, research and comercialization ajer... tapi  sebagai Deputy Quality Manager for ISO team dan juga sebagai lead auditor for internal audit, eheemmm eheemm hahahha so me terlibatla secara langsung dalam kesemua proses pre-assessment tersebut.


gud luck kawan2

fuuuhhhh lepas pre-assessment kena kena Corrective Action pulak yer... min 3 months

hahaha ni nanti nak accredited my kitchen pulak la... haaaaiiiii semak bebenor ghupenyer kat rumah tu sebab bz ajer manjang 



Monday, July 30, 2012

ChicKEN & mushRooM pUFF

Hari Sabtu lepas me ada buat chicken & mushroom puff.. fuuuhh sedap tau.. haha puji diri sendiri. Memandangkan anak2 me 4 org ni memang suka makan puff  tak kirala puff kaya ke, kari ke, kentang ke, tuna ke, sosej ke...janji puff. Memang la xcukup kalau satu. Bayangkan kalau beli puff ni, satu ajer dah RM 1.90.. ada 4 org yang mana kalau beli xkan boleh dapatnyer sorang satu, kompom nak dua.. kayala tokey kedai tu kan. hahah..Jadi mama nyer kenala belajar ala2 mastercheff buat sendiri... sebab kalau buat sendiri akan jadi lebih puas hati dan jimat. Inti dia boleh letak banyak2 ikut suka hati..Kalau beli tu dahla mengkayakan tokey tu,  kedekut tu satu hal letak inti main colet2 ajer...xbest betul~ Lagipun pastry segera senang ajer nak dapat..kat pasaraya ada jual baru RM3.90 sepeket/10pcs... cuma rajin dengan xrajin ajer kan kan kan...

suka beli pastry segera ini~

rupa dia macam ini

mood terajin, me buat chicken with mushroom dgn cream sos , ada sosej skit lebih2 sahur kalau nak letak sosej pon boleh, inti karipap ke, tuna spread ke, serunding ke, kaya ke... ikut suka selera

letakla macam ni; kalau guna sosej tu, goreng/rebus dulu pastu gulungkan ajer dlm pastry ni

masa nak lekatkan pastry tu, me guna sikit air campur tepung, then tekan2 guna garfu ni biar cantik. xkan nak kelepet2 mcm karipap pulak kan...hancur ler dia sebab pastry ni rapuh

haaa macam tula rupe dia

Buat lebih2 boleh simpan dalam peti, nanti bila nak makan boleh bake~

autobot kesayangan menjalankan tugas : 180C 30 min.

siap~ sedappp kan..crunchy, rapuh 


RESEPI inti Chicken & mushRoom 

bawang besar 1 biji dicincang
bawang putih 2 biji dicincang
cili merah 1 biji dihiris / 1 biji cili api
isi ayam dipotong kecil2
sosej goreng diris - optional
cendawan butang/tiram dipotong
Fresh cream sikit (kalau xde, letak sup cendawan pon boleh)
garam secukup rasa
black pepper skit - optional

 CARA2;
tumis bawang, bawang putih dengan cili sampai kuning2an
lepastu masukan isi ayam
kacau rata sampai isi ayam dah agak masak
masukan fresh cream / sup cendawan skit
masukan air sikit jer
masukan garam + black pepper
masukan cendawan
masukan sosej
kacau sampai dah agak pekat
angkat dan sejukan

ataupun

nak lebih senang, ni favorite anak2,
me beli ajer tuna spread yg pedas tu
haaa letak ajerla ikut suka








Friday, July 27, 2012

pulAU tiOMAn 19 September 2011

Suddenly rindunyer nak pergi Pulau Tioman lagi~ sangat2 best hokkay. Meman ada plan nak pergi tapi since si dia buzy dengan katering, xtaula bilanya. Tambahan pulak si kakak dah bersekolah, time school holiday pulak memang pack dengan tempahan katering, maklum ler musim orang kawen. by hook memang kena plan bebetul kalau nak pergi lagi... hahahah tanduk bercabang2 memang nak memontengkan si kakak la nanti.. hikhik.. alaaa kalau after exam xde hal kan kan kan... hahaha... moh ler kengkawan pergi tioman yg sgt cantik itu... rindunyer the moment kat situ~

kami stay kat Panuba Inn Resort

masa tiba di Jeti resort~ jakun sekejap sebab lautnyer nampak sampai ke dasar.. sangat2 cantik

main pasir~ yg bersih sangat2

aktiviti snorkeling yg disediakan di pulau2 kecil sekitar Tioman

 si kakak & ayah
syafiq & ayah

MasyaAllah, cantiknya pemandangan didalam laut tu tau... terpegun sgt2 sampaikan rasa xnak balik

tunggu turn

dalam bot

Subahanallah~ cantik sgt kan

Thursday, July 26, 2012

ikan pekASam & buLAN raMADHAn



Seperti biasa di bulan Ramadhan, me suka makan ikan pekasam~ pembuka selera. kadang2 sahur makan benda ni dgn bawang goreng + bawang + cili api & telur dadar... cukup sudah. Sangat2 berselera tau. huhu sangat sedap. Teringat dulu waktu memula kawen, si dia xpandai nak makan ikan pekasam ni, buat muke pelik. Tapi lama2 dia yg paling suka makan. Sampaikan sekarang, bila nak bulan puasa mesti kirim kawan di Perak / membeli dari kawan di Perak sampaikan menjualnya sebab sedap sangat2. huhu ada orang xsuka makan sebab tak tahan baunya bila digoreng tapi kami yg org kampung ni bau tula yg membuka selera... huhu tambahan pula makan dikala panas...fuuuuhhhhh 

haaaa sekianla entry pasal ikan pekasam ni... hahah takan nak tepek resepi ikan pekasam goreng kot...lawak la...goreng ajela ikan tu dalam kuali. hahhahhaha

mari mari beli ikan pekasam yang sedap ni...origin dr perak... ikan gelama ada, haruan ada, ikan sepat ada, ikan puyu ada....  :)

Tuesday, July 24, 2012

biLa sYaFIQ berPUASA

1st day Ramadhan

2nd day Ramadhan

Alhamdulillah, tahun ni si ayah aim nak ajar syafiq puasa penuh. Tahun lepas dia banyak culas pose... sekejap2 ajer. Tahun ni dapat full dan sehingga ke hari ni 4 Ramadhan, dia xpernah culas puasa. Sejuk perut mama dia kan kan. haha masa mula2 mamanya xsampai hati. kesian tgk syafiq tinggal spender ajer sebab haus & lapar. hahah ikutkan memang mama nak suh dia minum air ajer. Tapi si ayahnyer sgt garang..katanya anak lelaki kena belajar pose penuh sbb dah 6 thn..biar dia belajar bersabar dan berdisplin..amboiiiii... dia membandingkan zaman dia yg berpuasa penuh seawal 5 thn. hikhik.. si kakak alhamdulillah memang dr 6 thn hingga sekarang xpernah tinggal puasa. 

1day puasa..memang melepekla syafiq, tghari dah tinggal spender ajer..nasib waktu wekend.. kesian tgk.. Bila berbuka minum air xingat.. ayah pulak sanggup mengharung sesak2 ramai org semata nak belikan anak bujangnya air tebu. Kalau mama yg request memang dia xlayan..yelaaa bazar Ramadhan di waktu cuti..memang sesak org. hahaha. kerana anak bujang yg berpuasa penuh, dia redah jugak...Berbuka dirumah nenek, memang semua benda dia makan la..atuk janji nak bg duit raya yg banyak..seronok betul dia.

2nd day puasa... dia makan sahur punyala banyak sbb takut lapar. muahahaha...lawak pon ada.. pagi2 lagi dah tinggal spender ajer. Hari pon sama.. ayah dgn gagahnya redah bazar ramadhan nak carikan si anak air tebu. arini berbuka dirumah wan pulak. haaaa arini dia dapat mandat lebih. muahahah semua kesiankan dia..dia cuma duduk ajer, semua makanan dgn minuman semua org tolong cedukkan, hulur kat dia.. dia sebut ajer nak apa...waaahwahhh~ tapi hari ni dia dah kuat sikit.semalam ajer yg melepk ajer..arini dah biasa skit, so dia boleh main2 dgn aiman sampai waktu berbuka.

semalam 3rd day Ramadhan~ me siap pesan kat teacher dia jgn diberi mkn sbb dia puasa.. haha alhamdulillah..penuh jugak puasanya . Teacher kata, dia nampak ceria sibuk dok citer dia pose.... ermmm makin lama dia dah biasa...

renDANg ayam puaSA

Sehari sebelum puasa me ada buat rendang ayam.. Ayam yg abah belanja biler jemput dia balik dr spital tempohari. hahah... beli sekilo utk buat rendang. Jadila sebab makan berenam yg mulut masing2 kecik2 belaka kecuali mama dgn ayahnyerla. Me memang suke makan rendang.. Favourite 4eva ni. Ibarat xlapuk dek panas, xlekang dek hujan.. haaa mcm tula. hahaha tapi depends jugakla. Kalau rendang tok tu me kurang sikit sbb rendang tok xlemak sgt2 mcm rendang yg diletak santan kelapa. hahaha... ' yg lemak itu sedap' haha.

biasala, sempena meraikan kedatangan Ramadhan al-mubarak. bukan susah pon kan nak buatnyer. hahah dah nama makanan paberet.kalau xreti buat sendiri, baik xpayah makan. Rendang tu skali buat sahur pagi 1 Ramadhan. Dah biasa kot..masak rendang bagi menyambut Ramadhan. Rasanya org ramai pon macam tu. huhu...kalau kat Melaka ni, sehari sebelum Ramadhan penuhla nampak khemah dijalan2 org menjual daging lembu yg gantung2 sekor2 tu. meriahkan..xtauler kalau kat negeri lain2 ada macam ni. Biasanya mak2 ni akan beli daging utk dibuat rendang ataupun sup tulang utk menyambut Ramadhan. 


fuuuuhhh.. rendang ayam yg marbeles

Resepi?? me main campak2 ajer, tapi bolehla kalau nak agak2 tu

Bahan2nya:
Bawang besar sebiji, Bawang kecil dlm 3 biji
Bawang putih dalam 3-4 ulas
Serai 2 batang
cili api dalam 6-7 batang (xnak pedas sgt sbb anak2 nak makan kan)
semua bahan2 kat atas ni dikisar halus

Halia 1 inchi, lengkuas pon dlm 1 inchi - diketuk
santan sebiji
garam secukup rasa
kerisik kelapa 2 sudu besar
daun kunyit dihiris halus

hero dia:  Ayam sekilo lebih

Cara2:
me masukan semua bahan kisar dalam kuali, ayam dan halia, lengkuas. Kecutkan ayam sebentar bersama bahan kisar semua. 
kemudian, masukan air, agak2 sebab ayam cepat masak. Kalau masak lama, nnt ayam jadi hancur.
Masukan garam.
Biarkan menggelegak, masukan santan.
Masak sampai dah agak pekat kemudian masukan sedikit kerisik kelapa
Gaul sebati, dan bila dah agak kering, masukan daun kunyit yg dihiris halus.
Taraaaa siap






pavLovA & buSY

haaaa hari ni sekaligus me nak update memacam citer yg dah berlaku..gambar dah memacam snap tapi update entry xjugak. atttoaaiiii! busy benar nampak makngah???? hahah memacam meeting, training dan jugak internal audit nak kena buat before pre-assessment ISO/IEC 17025 hujung Julai ni. fuuuuhhhh sampaikan nak mengarang status pon macam malas. hahaha arini memandangkan tengah xde idea nak buat checklist internal audit, maklumler, saya si awek comel ni selaku Lead Auditor untuk beberapa clause utk untuk internal audit 17025...hahahah market diri jap...suke ati akula..blog aku. muahaha ~ maka mari kite mengarang kat blog kesayangan yg dah berabuk2 bersawang2 ni....  :p

sebelum Ramadhan aritu ada buat pavlova utk anak2. maklumler asyik ajer tgk org2 ramai kat internet asyikla menyahut2 suke pavlova la, craving for pavlova la... nak order mahal bebenor regenya... maklumler xpernah merasa, jadi takut nnt membazir beli xmasuk dek anak tekak yg comel ini. sebabnya dah terkena dgn macaroon yg femes itew ler. semua org dok angau kan macaroon, semua cakap sedap..yela lain anak tekak, lainla pulak rasanya. maka belila sikit nak merasakan..nnt xla jakun sangat... sekali memang xboleh diterima oleh anak tekak sebab manis sangatla.. 

bila dapat resepi pavlova ni, me kurangkan sikit gulanya. maklumler. tgk ajer resepi memang azab sesangat bahan2 nya. 


memandangkan buah ini ajer yg ada dalam fridge, maka jadila pavlova anggur & crunchy badam. sedap sangat. Resepinyer saya ambil sebiji dari blog kak nani yg femes itu.. tq banyak2 kak nani yer.. blog kak nani, model 80an. pergila jengah blog dia. best sgt2.

View Pavlova step-by-step instructions.

Prep Time: 40 minutes
Cook Time: 1 hour, 15 minutes
Total Time: 1 hour, 55 minutes
Ingredients:
4 large egg whites at room temperature
1 cup of Castor sugar, also known as "Berry sugar"
1 tsp of white vinegar
1/2 Tbsp of cornstarch
1/2 tsp of pure vanilla extract
1/2 cups of whipping cream

Preparation:

  1. Preheat the oven to 275F (140C) and place the rack in middle of the oven. Line a baking tray with foil and draw a 7 inch circle on the foil with the blunt edge of a knife (don't tear the foil). Set aside.
  2. in a clean, medium-sized metal bowl, beat the egg whites with a clean electric mixer on medium speed. Beat until the whites form soft peaks.
  3. Gently sprinkle the sugar into the egg whites, one teaspoon at a time. Don't just lump the sugar in the bowl and never stop beating the eggs until you finish the sugar. Your egg whites should now be glossy stiff peaks.
  4. Sprinkle the cornstarch and vinegar on the meringue and fold in gently with a plastic spatula. Add the vanilla and gently fold the mixture again.
  5. Now gently spread the meringue in the circle on the foil to make a circular base. Make sure the edges of the meringue are slightly higher then the center so you have a very slight well in the middle.
  6. Bake the meringue for about 1 hour and 15 minutes or until it goes a very pale, pinkish egg shell color.
  7. Turn the oven off and leave the door slightly ajar to let the meringue cool completely. As the meringue cools, it will crack slightly.
  8. Just before serving, take the meringue out of the oven and remove it gently from the foil and place on a plate.
  9. Whip the cream with the vanilla extract until it forms peaks. Prepare the fruit by washing and slicing.
  10. Gently spread the cream to the top of the meringue with a spatula and arrange the fruit on top.



Friday, July 13, 2012

cuKUp 6 miNGGu


Selama 6 minggu abag berada di ward untuk menjalankan treatment kimoterapi & radioterapi, selama itulah hampir setiap petang lepas kerja me terus ke hospital melawat abah.. huhu..memang lambat tapi bak kata abah, dtg kejap pon xpe, janji ada org temankan berborak ptg2 pun xpe. hikhik. selalu antara 6.15 - 6.30 ptg sampaila me ke ward 103 katil 25. pukul 7 mlm memang dh kena halau la .. hahah.. tapi kalau dtg sensorang, terbabas abes waktu melawat pon xpe..mak guard tu ingat kite ni peneman. hahaha abg me pon kdg2 mlm pon dia dtg, janji seorg. kalau beramai2 tu memang minta maaf la akan kena halau tepat jam 7. hikhik...


wuuuu alhamdulillah, sesi kimoterapi 6 cycle ajer dh abes semalam..tinggal sessi radioterapi ajer lg 4 kali.. huhu next week secara rasminya abah dah boleh discharge..alhamdulillah..sempena bulan Ramadhan ni abah ada kat rumah..kalau still warded, phewww mau pengsan me terkejar2 nak balik masak lagi utk si dia & anak2 berbuka. 

Tapi since last week, me berpuasa dan masa tu jugalah adik gemoks me dh start kelas dia..maka setiap harila me akan berbuka di hospital. kalau tidak, kami akan bergilir2 ,melawat abah. Angah akan selalu jenguk malam2 pulak since mak xdpt langsung nk dtg sebab dia abes mengajar sekolah KAFA almost 7 mlm..Xde saper nak patah ulang alik ke Jasin , ke melaka, ke Jasin semula.. maka kami adik beradik sepakat menjaga abah.. huhuh.. 

Maka jam 8 mlm baru tiba kt rumah utk masak mlm dan makan. nasib alhamdulillah si dia sgt2 supportif , sporting dan sgt2 bertimbang rasa.. hayang mama ni... kiss skit..muarghhh.. sepanjang 6 minggu me pergi melawat abah, dialah yg ambil semua anak dr sekolah, taska, rumah busu, sampai rumah masak nasi sampailah me tiba rumah utk masak lauk. Masak pon mana sempat ajer. Naseb semua xcerewet makan.  Setiap Ahad lepas maghrib, kami akan ke hospital... tocey tocey hayang yer....tanpa merungut apa2 pon.. huhuh sedey pon ada..kesian hayang mama ni...setiap mlm mkn lambat..xpela hayang kan...dapat pahala kan..insyallah~ 

huhu siyes , bila balik dr spitl tu sgt2 penat..huhuh tp alhamdulillah hati rasa sgt2 tenang dan seronok.maka penat tu xterasa sgt

Bila time berpuasa tu memang serius xlarat sgt2 nak ke Hospital mengharung jem bagai..pastu berbuka air kotak ajer..pastu cabut drive balik ke Jasin utk masak mlm.... tapi Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan... hati rasa sgt2 senang dan lapang , tenang bila balek dr hospital tu...seronok sgt2..semua urusan mudah sgt.. syukur... masalah parking memang x wujud pon...bila sampai ajer..mesti ada ruang kosong utk parking utk me..sbb mesti uol tau kan masalah parking kalau kt spital kan... dan Alhamdulillah la sepanjang 6 weeks tu kami anak beranak xpernah sakit ke demam ker...maka urusan utk pergi melawat abah xtergendala dgn masalah kesihatan.. 

balik dr spital, pecuut balik kerumah utk masak & makan

Abah pon alhamdulillah nampak sihat ajer w/pun kimo & radioterapi.. mungkin hasil dr semangat yg kuat dan rajin mkn supplement benda alah kt bwh ni.. tq hayang yerr sebab belikan dari Anip & Dr. Siti dan selalu follow up kesihatan abah dgn anip dan Dr Siti tu.. sampaikan Doc pakar dan kawan2 yg warded kimo tu asyik tanyakan abah..nampk sihat sentiasa..Alhamdulillah...

cubela search produk ni, memang sgt2 bagus.. Alhamdulillah dgn iziNya..Diagnosis awal dulu pon doc pakar kata sel2 kanser abah xmerebak pon. maka urusannya mudah la~

Thursday, July 12, 2012

naSi goReng kaMPunG

Semalam berbuka puasa me teringin nak mkn nasik goreng kampung si dia.. sedaaappp taw walaupun terlalu simple tapi sedap. maybe sebab dia masak dengan kasih sayang kowt. muahahah.. xla..org lelaki kalau memasak memang sedap sebab kompom dia akan masukan rencah main hentam ajer. huhu...walaupun semalam xcukup bahan iaitu sayur kangkung, tapi sedaap sampai menambah-nambah   :) 


tapi katanya sidia bile kite ni pujila ikhlas kan kan " ala..mama malas nak masak cakapla sedap biar lain kali abang masak lagi" ... amboiiiii gitu pulak la kan. muahahah... tapi ada la jugak berperasaan seperti itu. ngehehe.... ooo hayang~ jgn marah..gurau ajer... siyess sedap..


tumis bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan ikan bilis yg telah di tumbuk menggunakan lesung... kuantiti agak2la yer

masukan garam dan tumis hingga garing kekuning2an

bila dah kekuning2an, masukan cili paste lebih kurang 3 sudu besar. kalau rasa nak pedas lagi, masukan la sikit cili api 4-5 batang yg ditumbuk lumat

benda alah nila yg membuatkan nasi goreng kampung kita kawww sedap! kalau pakai blender, jadi kurang kick

bila paste cili dgn segala benda bahan dah agak masak / terbit minyak, masukanla nasi kosong tau..bukan nasi beriayi atau nasi ayam  hahah

haaa gaul rata nasi tu sampai semua bahan2 sekata, lepas tu rasa , kalau kurang garam, taburkanla garam lagi, kalau ada sayur kangkung, masukkan masa ni jugak

taraaaa dah siap..hikhik xde kaler ijau sayur kangkung...

tapiiii~ setiap kali mkn nasik goreng kampung sidia, me wajib akan masak benda alah ni..bbq chicken wings... bessstt gilos

yang di bakar didalam autobot kesayangan ini~







Wednesday, July 11, 2012

azam raYa 2012

fuyoooo ada azam raya 2012 tu.. hahah. mengalahkan budak2. azam apa eh la mengada2 betul. meh cekidout apa azam raya me tu~ 


.............................


.........................

..............

taraaaaa~


haaaa amik ko... bukan azam nak terbitkan majalah taw.. hahah.. azam nak buat biskut raya sendiri.. ada brani??? muahahah... sebabnya sebabnya nak buat biskut ikut tekak sendiri.. haha tekak anak2.. lagipun anak2 sume dh besar panjang, dah pandai xkacau mama kat dapor..tu yg penting tu..lainla sebelum2 ni sebab semua kecik2 lg terutamanya si demoks ariq...pantang berperiuk belanga kat dapor..ada ajer dia kat situ... muahaha mengacau..belom sempat biskut masuk balang, dah licin..acaner kalau mcm tu.. haa insyallah tahun ni boleh dikontrol... fuuuuhhh semangat semangat!!!! 

so any updates tentang proses biskut raya me nanti, akak di letakan dalam blog ni. aminnn.... berangan ajer lebih ni. skali budak2 opis promote biskut, mulut yg gatal ni main order ajer. muahaha maklumler mak2 budak2 opis ni pandai2 buat biskut belaka. tapi kuih tart me surrender la yer... sebab leceh nak buat inti bagai... haaaa yg tu memang kompom kena tempah. biskut wajib tempah!! opssss satu lagi yg wajib tempah adalah biskut almond london. muahahah xkoser nak bakar pastu celop2.. eiii leceh. 

eh kalau semua leceh baik ko tempah ajer kan kan... alaaaa ada jugak biskut yg sekali jalan ajer...tapi sedap.. kan kan..mcm biskut mazola, biskut arab, biskut dahlia, biskut chocolate chips, biskut nestum, biskut cornflake, biskut butter, biskut semperit.. haaa ko banyak jugak la kan w/pun dh xbape femes skang ni janji sedap...kalau uols nk tau, itulah antara biskut yg saban tahun me buat masa zaman2 kecik2 dulu tolong mak meniaga biskut raya kat kilang2 kampung2 tau..pastu dapat duit raya beratus plus upah buat biskut.. nostalgia kan.... bila dh tua, dh xkoser nak buat..nak suh anak dara me pulak tolong.. muahahahah.... ermmmm xde makna..anak dara kesayangan ayah dia.. memang mama ajela yg buat..tahan ayahnyer suh anak dara dia duk dalam bilik baca buku dr duduk terperuk kat dapor..tapi budak2 laki yg 3 org tu xde pulak dia..disuruh telokopkan rumah adalah. muahaha...

anak dara kesayangan ayah~ uiiiii jgn ko biarkan anak dara dia berjemur main kat laman rumah dipanas2 bute..takut kulit gelapla, takut jatuh nnt berparutla, takut panas nnt demamla.. uiiiii mamanyer xde pulak dia membebel mcm tu..cessss cessss. tahan disuruh duk dalam bukak ekon ko...takut panas sakit kepala  hohoho...jgnla adik2 buat kakak sampai menangis yerrrr..memang korang2 kena denda tidur kat pondok luar rumah tu~ alasan: budak2 lelaki ni biar dia lasak skit, biar pandai berdikari skit, nnt org2 puji "anak bujang saperla tu, rajin tolong ayah berkebun, rajin mengemas laman, pandai berdikari..rajin solat, anak sapela tu" anak si ijam la sape lagi.. hahaha boleh ke macam tu???? 
"anak dara sapela tu, belajar tinggi, putih, kulit bersih ajer, pembersih, cantik pon ye jugak, pandai masak, pakai tudung labuh.. haaa amik ko wawasan laki aku... phewwwww la hai suami..macam2..malas nak layan

pAtiN maSak teMpoYak

phewwiit! hi adik manis si ikan patin..cantiknyer kamu yg bewarna kuning itu. muahaha~ semalam me puasa, jadi teringinla nak masak gulai patin tempoyak.. sebenarnya nak mencuba tempoyak yg me buat tempohari. sedapker idak.. phewww alhamdulillah 1st time try jadik tu. hoyeeeehhhh lain kali boleh buat lagi. xpayah malu2 kucing ngecek mak mentua. *wink3x. lagipun rasa puas bila masak hasil tempoyak sendiri kan kan..dari mengupas, mengadun.. hahah semua sendiri.

Semalam bila balik ajer dari hosptal melawat abah, terus sinsing lengan masak benda alah ni. senang jer nak masak hasil dari ilmu2 yg diturunkan oleh sifu gulai lemak.. Shidah & hisham. terbaikkk wokk.. tocey eh korang.. tambahan lagik tempoyak yg me buat ni sedap giloss. hahahah mode jakun plus excited.  incik abang bertambah2 makan. umairah dgn syafiq xberape gemar gulai tempoyak ni..maka mereka mkn lauk kentang masak kicap ajer. ngeehehehe.. tapi sihaziq suke gilos sbb ikan tu warna kuning.. for ur information, haziq memang peminat tegar kuning!! harap maklum yerr... kuning!! xde kaler lain ker yg ko minat ni haziq...mabok mama tau tgk warna kuning ni.. hahaha fefeling keturunan darah diraja ker apa??? 

tapi sebenarnya dia minat kuning sebab dia ni peminat tegar bumblebee citer transformers tu.. kan bumblebee tu warna kuning. jadi sebarang kereta ke lori ke yg warna kuning dia akan panggil bumblebee. huhu... arituh bw dia beli kain nak buat baju raya, sajer tanya pendapat dia..huuuuuiiii baik xyah tanya lain kali..sebab mengamuk2 nak kuning.. hahahha ada ker baju melayu warna kuning...huiiii selimpang tema raya betul. tapi t-shirt dia adalah 2-3 pcs tu me belikn warna kuning. tapi kalau xde, xkisah pon dia cume jgn ditanya. satu lagi kalau kita bg kuning dia akan excitedla. mcm ikan gulai lemak ni..menambah2 dia mkn sbb kaler kuning. kalau nk suh dia minum banyak..haaa bgla cwn kuning. kuih kuning ke. muahahaha....  apsal la bumblebee tu xwarna biru ke, ijau ke, unggu ke..adesssss

si kuning bumblebee

RESEPI Gulai Patin Masak Tempoyak

Bahan2;

ikan patin - sekor yg kecik comel jer ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk hilangkan hanyir selama kira-kira 1 jam.
cili api 1/2 genggam - kalau nk pedas, banyakkanla ikut suka
bawang kecik 1 ulas
kunyit 1 inchi / kunyit serbuk
semua barang2 kat atas ni kecuali ikan ditumbuk lumat

tempoyak 4 sudu besar sebab guna sekor ikan
serai 1- 2 btg (tgkla pada saiz, kalau beli kecik2, gunala 2)
daun kesum secekak
daun kunyit sehelai dihiris 
bunga kantan 1 batang dibelah 2
garam secukup rasa
asam keping 1 (sebab tempoyak me masam2 skit, kalau tempoyak baru yg xmasam lagi tu boleh la letak 2 kot)

cara2;

  Masukkan bahan yg ditumbuk lumat tu ke dalam periuk yang bersama air. Air tak payah banyak sgt nanti kuah cair xsedap..biar atas2 ikan ajer. Kacau sehingga sebati dan masukkan asam keping, garam, tempoyak dan serai. biarkan sebati dan mendidih.

masukan ikan, daun kesum dan bunga kantan.

kacau sebati - careful masa mengacau sebab takut ikan hancur.

siap sudah....