Thursday, September 27, 2012

piZZA hut

hi, untuk makluman, ni bukan preview berbayar yerr~ hikhik. ini adalah entry pasal anak2 me memang suka makan pizza sebenarnya. tak kirela apa2 pon, shakeys ke, US pizza ke, PHD ke, Dominos ke, mama buat sendiri pizza ke... janji pizza. hahaha... tapi rasanya kalau kite mintak anak2 me review, ofkos la pizza mama buat sendiri la yg dapat top 1st. 

Dah lama rasanya xke Pizza , jadi memandangkan semalam merupakan hari yg amat complicated buat saya..maka dengan bermurah hatinya me mengajak anak2 makan kat pizza. Tapi ada satu tempat ni memang favourite kami sebab self service dia amat bagus berbanding oulet piza hut yg lain. self service dia hancusss. hahah yelaaa kami ni dahla berderet2 ibarat semut kena air, jadi self service amatlah penting untuk keselesaan~ am i rite??? port ni memang kire fav la... even jauh semedang dari rumah.
lihatla pandangla~ chewwahhh... kat pizza kan ada yg free kidsmeal platter for RM20 and above kan kan..gamaknyer budak2 ni makan tu ajer dah sangat kenyang...me pilih tiga2 spagethi berbanding pizza ke bread ke... carbonara and bolonese rasanya tgk kt menu tu... lagipun budak2 ni suke spagethi jugak, kalau pilih kidplate pizza, macam rugi sebab me dah order pizza..fuuuhh si syafiq memang abeskan 2 plate carbonara, si haziq makan plate bolognase. kidsplate tu skali dengan soya.. best kan...untonglaaa makan pizza RM20 and above dapat free kidsplatter. ko pehalllll?? promote giler~ hahaha ni bukan review berbayar yer...di ingatkan sekali lagi~ hahahha

makan sampai pengsann~ muahaha sebab mama bermurah hati pujuk ayah g pizza taw

 kalau datang sini, kompom kena order cheesy larva crust..baruuuu masyuuukkkk. hikhik nyummmylicious

budak ni~ semua fav dia...semua dia balun. ngehehehe sampai senak perut

 apsal amik gambar gune iphone, muke nampak panjang ni ajiq??? hahahah nampak cam buroksss..ni mesti ayah ko main2 setting ni. kalau mcm ni, mama pon nakla suh ayah amikan gambar mama. kompom nampak kurus sket. uahahha

skali 2 platter carbonara dia balun. xpela syafiq, janji abang suke kan ~

anak dara yang sememangnya makan xbanyak. adess sekejapan dah kenyang pastu nak pegi buang air besar. hahhaha ni perut kecik ke usus besar dia pendek ke, me pon xpasti..yg pasti dia jenis makan xbanyak tapi kerap. sekejapan..pastu dlm 1 jam lagi carik makanan sebab lapar. Kalau terlebih kenyang, kompom nak p buang air besar~ sebijik ayah ko







 







Monday, September 24, 2012

zamaN BeLAJAR vs zaMAN berCHENTA

kami bercinta masa zaman belajar kat universiti~ fuuuhhh mukadimah xtahan tu. haaaa ko apsal emo pulak nak buat entry pasal zaman berchenta!! hahaha kebetulan me mengemas bilik & barang2 maka ter excitedla nak citer pasal zaman berchenta sebabnya...adalaaa... nnt baca ler dulu.

Bagi me, si dia adalah cinta pertama... memang since zaman sekolah dedulu pon xpernahnya bercinta. setakat minat2 adala..minat kawan2 minat cikgu. waaahhhhhh statement xboleh blah. Tapi serius babe, bercinta xpernah langsung sehingga la terjumpa si dia masa 2nd year kat U. Si dia pulak, me kire cinta pertama jugak.. hahahha yekeee??? adalah dia cerite ada bercinta monkey2 dgn ada sorang budak ni.. tapi itu cinta monyet katanya sebab bila masing2 dah ubah haluan masuk U yg berlainan, maka hubungan itu terputus. Tapi sebenarnya~ manala budak yg amik medic tu nak kat awak hayaang oiiii, awak tu just amik kos sains ajer... hikhik...x setaraf melainkan awak pon amik medic. hahahaha kan  tapi budak tu memang rugi la kan hayaang.. sebab mama rasa awak memang terbaikkk!! wbgmanapun Jodoh di tangan Allah~ tapiiii~ memang budak pompuan tu rugii betul la....

Memang best masa zaman belajar tu sebab si dia jenis kaki study, hahhha maka me selalu kena paksa study. tapi bila 3rd year me sensorang ajer sebabnya dia dah abes belajar dan dah bekerja kekonon nak kumpul duit cepat2 sebab nak kawen, xnak kawan lama2.hahahah. Tapi sepanjang tempoh 2 semester lagi tu memang kami selalu berutus surat, bertelepon. hikhik... masa tu mana ada skype, facetime bagai

masa berjauhan selalu dapat surat2 dgn lukisan mcm ni.. dia yg lukis ni tau...errrmmm salah satu sebab yg membuatkan me jatuh cinta kat dia

warkah chenta masa besday~ antara surat2 yg membuatkan me terjatuh chenta semasa zaman mnegurat dedulu. mana tak cair oiiii, masa besday dapat surat cam gini!!

surat support utk final exam ; final year~ terus score dapat 3.6 taw bila dapat surat sokongan camni

memang xdinafikan si dia memang pandai melukis.. semua surat atau kad besday ke kad raya ke mesti ada lukisan yg comel... ni baru ajer 3 pcs me letak, ada 5 album lagi yg penuh dgn surat2 dgn gambar yg dilukis semasa zaman bercinta. Ada lagi tersimpan elok untuk kenang2an untuk ditunjukan pada anak2. sweets memory bersama hayaang kan hayaang kan...  Akhirnya April 2004, kami di ijabkabulkan sehingga ke saat ini, detik me bernafas ini; semoga cinta dan kasihsayang kami kekal sehingga ke akhir hayat~ amin





Sunday, September 23, 2012

britiSH preMIER LeaGUe 2012


Semua orang tertunggu kedatangan premier league ni.. termasuk my hubby. huhu~ gagah tu menonton games xkira masa. Tak pernah tinggal. Sampaikan balik kampung nak join tengok man utd dengan adik dia. huhuhu.... untuk makluman dia adalah peminat tegar Man Utd even last year man city menang!!

komitmen dia sangat bagusss tu kalau pasal bola ni. main bola??? macam xpernah nampak pon tapiii kalau bab tengok bola tu selalu la nampak. hahahha hampun hayaang eh. sampaikan wife kesayangan dia pon terpengaruh. ala ala nak bagi sokongan moral la kat hubby terchenta kan ..teman dia tengok bola~ sampaikan boleh hapal nama2 pemain even xsemua. huuuuu itu sebab tv kat rumah yg ada piring astro tu ada satu sahaja. Tv kat bilik belakang dah dipasang PS2. budak boys bertiga tu memang bolot abes asyik main games ultraman. makanyaaa~ mama yg comel ni terpaksala berkorban apa sahaja demi anak2 lelaki dan ayah lelaki ini. huuuuu.... si kakak apa kesah, janji dia ada homeowork ke, buku latihan ke, buku cerita ker... dia dukla dalam bilik tu... ni namanya tidak adil. hahah pompuan2 kat rumah ni kena buli~

Kadang2 nak tengok muvie pon xsempat. huuuuu menyampasss kan kan.. hahha .Tapi bak kata si incik suami la kan.. baik abang tgk bola kat rumah dari abg g dok lepak tgk bola kat kedai mamak. haaaa sebab tu la mama tersayang ni menemankan memberi support 100% kat incik suami bila tgk bola.. Sampaikan sekarang ni si isteri yang terlebih2 ter emo2 terjerit2 part bila nak jaringkan gol. hahaah.... "jatuh cinta dengan si suami, maka seharusnya jatuh cinta dengan bola" hahahahhahahah... 



Thursday, September 20, 2012

Quality Assurance Executive for OECD GLP lab

4 September 2012: dengan rasminya me dilantik sebagai Quality Assurance Executive (QA) untuk OECD GLP di Makmal Toxicology di ofis me. maka dengan rasminya sekarang me menjadi salah seorang team Toxicology Lab la yer.. Selama ini just QA untuk MS ISO/IEC 17025 bagi lab servicing sahaja (lab microbiology, lab nucleic acid for halal & lab chemistry and food technology); cume kali ni menambah sikit menjadi QA untuk OECD GLP Tox's Lab la pulak kan.. Kalau nak tau apa tu OECD GLP lab tu, awak awak semua search la kat Google. Banyak input yer. Team QA seperti biasa Soo Ping selaku Manager dan Ela selaku QA jugak. Doakan la yer semoga team QA kami success. hikhik

Makanya~ bila dah join team Toxicology Lab, me kenala pergi buat medical check-up yg merupakan salah satu requirement dari Pemeriksa Biro Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). fuuuuhhh itulah yg sebenarnya me nak citer.. malassssnyer ya amaaat nak pergi buat medical check-up. Letihnyerrrrr... hahaha attoaaiiiii

very the poyos jer kan kan... ko dah kenapa bold2x kan surat tu. hahaha macam la baguss sangat. hahahah suke ati aku la kan kan kan.... hahahaha, adesss bila la nak pergi amik time off buat medical check up ni.. nak kena buat x-ray bagai!!! hahahaha apaadehal... huhu.... lambat tau nak buat semua tu... jenuhla menunggu.

Last but not least; time kasih banyak2 yg tak terhingga pada team toxicology lab yg lain terutama lab manager;soo ping kerana memberi kepercayaan sepenuhnya pada me dengan melantik me as a Quality Assurance Eksekutif untuk OECD GLP lab korang pulak... tocey tocey... Insyallah demi mencari rezeki yang halal , saya akan berusaha menjadi yang terbaik!!!

*** yeahuuuu: boleh update dalam resume.. hahahah ko dah kenapa nak update resume!!!!!! hahahahha




smaRt reader CHILDREN's day

14 September lepas, taska my kids celebrate children's day. Memang every year taska my kids celebrate dan makanya..... kanak2 digalakkan membawa makanan untuk buat party 'pot luck' . Fuuuhhhh Tahun lepas mereka bawa kek, 2 tahun sebelumnyer mereka bawa pizza, pastu tahun sebelumnyer lagi... ermmm luperla . hahaha ,mana taknyer since zaman umairah 4 years, sampaikan ke Syafiq.. now sampaikan ke Haziq semua start smart reader program kat taska yang sama... hahaha~ jadinya mama terluper dah sebab dah banyak tahun mereka dok kat situ.

Tahun ni merupakan tahun yg malassss... mula2 plan nak goreng nuget dgn cheese sos ajer. Tapi last minit ubah plan! xkosernyer nak bangun pagi2 goreng nugget sampai 2-3 pack!! fuuuhhhh. xkanla nak bawa se pack ajer nugget. Anak i 2 kowtttt kat situ. hahaha . Pukul berap[a agak2 pon nak bangun siapkan semua bagai. Last2 pikir punyer pikir, me buat puff pastry inti tuna. Lagi senang kan... pastry puff tu beli ready made ajer, tuna tu just beli tuna spread TC boy tu.. haaa makanya malam2 me meng uli lah puff tu. Esok pagi2 bangun tinggal nak bake dalam oven sambil boleh bersiap2. senang kan kan kan.. sedap pon sedap...

Pakaian: bak kata teacher, memandangkan kali ni sambutan children's day jatuh pada bulan Syawal, maka kanak2 digalakan pakai baju raya yer...diulang sekali lagi baju melayu yer~

sebahagian dari tuna puff pastry.. nyummmyyyy pepagi bau benda alah ni semerbak

well, macam biasa, autobot yang banyak berjasa. semua sumbat ajer dalam tu 

my ensem boy~ haziq 4 years old

berkumpul ramai2, yg dalam bulatan tu anak saya yer... sila angkat tangan anak saper??? anak saya teacher. hahaha. Syafiq: apsal ko posing poyo sangat. kekonon chumell la eh.. hikhik.. si Haziq dok tercogok kat belakang. alaaa shiannyer anak mama dok belakang eh.. ni ikut perangai saper suker dok belakang time perhimpunan??? hahahaha.. anak mama ler kan kan...

tak nak tanya ke camner me dapat gambar2 ni semua???? hikhik ~ actually masa pepagi send anak2 me ke taska tu, me pass kamera kat teacher siti mereka suh tolong snap2 kan apa pic yg ok. hikhik...

so comel kanak2 ni kan~ so happy without pikir sebarang masalah hikhik. muke bersih ajer memasing

amboi3x anak bujang saper la ni dok berkepit dgn awek2 ni. kamain ko kan haziq dok ushar anak dara orang. Apsal xnak dok sebelah si hariz tu??? (hariz: baju merah with songkok merah, anak my bff)

wah wah kamain ko kan syafiq~ ko la kan mengajau dak adik dok sebelah aweks comel kat situ.. merenyam sungguh la... anak saper la ni kan. naseb ayah korang2 xmengikut cam korang kan kan... opppssss ni kena ushar kat lab ayah korang la pulak kan dia dok sebelah saper??? macam tau ajer korang2 ni ngikut pe'el saper~ ermmmmmm

tak padan 6 tahun ko kan syafiq~

anyonyonyo~ ensem anak2 mama... Syafiq: 6 yrs; Haziq: 4 yrs: Smart Reader Awan Suria, Melaka






Monday, September 10, 2012

temPAHan mee & meehoon SOTO

semalam seharian membizikan diri menyiapkan tempahan dari member yang nak buat majlis open house raya pada sebelah malamnyer. Ina menempah mee & meehoon soto. Memandangkan kuantiti jumlah yang ditempah sikit, maka me ajelah yg menerima tempahan tu. Kalau jumlah yang banyak makan >100 tempahan, mau suh katering mentua ajer yg buat. Si incik suami ada katering disebelah singnya, maka me dan anak2 bersilatlah kat dapur tu memasak tempahan. Si kakak la yg banyak menolong, tolong buang ekor taugeh. hihihi keje yg paling xsuke me buat~  si kakak kata suker pulak dia buat benda alah tu, maka dengan bangganya dia tolongla mamanya. Boys??? fuuuuhhh bertuahlah badan kan kan kalau menolong... mentang2 si ayah baru beli cd ps2 yg baru2, maka terperap kat bilik belakang ajelah kejenyer... xpelaaa janji dia xganggu keje2 mama kat dapor.

Bila incik suami pulang, me ajakla dia tolong antarkan ke tempat majlis open house itu.. harap2 org semua suka dan puas hati.. Mana yang baik itu datang dari Allah, dan mana yg terkurang datang dari kekurangan saya sendiri.

sesi menumis segala bahan - naseb kat rumah ni ada kuali besar. beli sebelum raya arituh buat spare sebab risau kalau org datang rumah, nak goreng mee xkanla nak pakai tefal sebesar pinggan makan tu kan~

menumis rempah


mereneh soto dan menggoreng ayam untuk disiat2

si kakak tolong melabel nama biar xhilang

yang lain2 xsempat nak ambil gambar sebab nak cepat. Lepas hantar balik rumah bersiap mandi bagai sebab majlis start 8.00 malam, tapi sementara menunggu incik suami bersiap bagai, me lelapla mata sekejap~ sekali tertidor..ermmm bila dah terlelap tu, malas la nak keluar balik. Lagipun memandangkan budak2 ni dah kenyang makan nasi ayahnyer bawa balik dari katering tadi... maka seterusnya zZZzZzZ la :p




~MaJlis jaMuan raYa di OFIS~

Jumaat lepas ; 7 September 2012, ofis me menganjurkan majlis jamuan hari raya untuk staff. Actually boleh bawa famili tapi memandangkan ramai para suami yang payah nak amik time off, maka ramaila yg bawa anak2 sahaja termasukla me. huhu melainkan suami2/isteri anda semua adalah cikgu cikgi maka ada masa sebab jamuan bermula pada jam 3ptg di perkarangan Perbadanan Bioteknologi Melaka. 


Macam biasa, pihak ofis memesan makanan utama dr abg din seperti nasi inpit, lontong, kuah kacang, sate, air. yang lain2 kami berpakat bw pot luck. Fuuuuhhh macam2 ada sampaikan tak termakan dibuatnya. Maklumla kebanyakan staff kat sini semua nak tunjukan skill memasak masing2 tapi saya malassss~ ahahha jadi saya membeli sahaja buah2an. ngehehe~



Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dengan berkumandanhnya lagu raya. 



tengahari tu me balik amik ariq then pergi ke taska pulak ambil semua org. haaaa sampai jer kat lab, semua diarahkan bertukar pakaian. huuuuuu comelllll kan kan kan. hahah semua ala ala student biotek la kekononya.. abes kertas mama dibuat contengan.xpela anak~ janji pandai


hahaha imam muda hazim~ sementara menunggu majlis bermula, budak2 ni dok melepak kat Resource centre dgn abg hazim. huhu abg hazim tgh melayan budak2 ni sambil tgk citer Transformers II. Tengokla tu, memula mengempit ajer tepi abg hazim, kekononya malu..lama2 semua dok berpangku dgn abg hazim. huhu


sambil budak boys tgh tgk citer Transformers II, girls bergambar. huhuh researcher di resource centre~


Ucapan pembukaan dari CEO Perbadanan Bioteknologi Melaka, Datin Norsabrina dan anaknya Salsabila. coooo cute kan.. anak datin yg ramah...sekejap2 dia masuk resource centre pergi tgk transformers dgn anak2 me. Datin bawa suami dan anaknya semasa jamuan tersebut. Anyway~ terima kaseh banyak2 datin sebab bagi duit raya pada anak2 kami..


semasa majlis bermula~ seronok bebudak2 ni.. asyikla makan makan makan dan makan...mama jugak yg xberapa nk makan sebab bz jadi tukang ambil makanan kat korang kan... hehe xpela wahai anak2, janji korang happy, mama lagiiii happy~ tapiii rasanya dalam gambar ni tgk si ariq yg asyik dok makan...asyik makan ajer ko kan adik...hahah





antara foods yg ada~ banyak lagi gambar tapi xsempat nak ambil sebab dah leka ambil gambar2 budak2 ni dok posing bagai. huhu


hahaha~ anda semua perasan tak apa yg saya perasan~ Actually si syafiq ni ngengade xnak dok sebelah mama dia kat meja sebelah. eksyen kekonon nak duk sebelah kakak2 yg cun kat meja sana. dudukla dia sensorang setelah me ambilkan semua foods letak kat situ. skali tgk2 baiiik punyer dia dok tido~ hahahah pastu dia bangun balik sambung makan tau. huhu anak saperla ni~


Akhir sekali~ sesi yang paling menarik sekali. haha acara tapau menapau sebab malas nak masak malamnya. huhuhu khusyuk tu~

seperti biasa; susah nak cukupkan semua orang. Syafiq tgh main games. panggil2 xnak datang~

Wednesday, September 5, 2012

fenomena ADAM & HAWA

ffuuuuhh~ 


Sekarang rasanya demam ADAM & HAWA memang tengah menyerang rakyat Malaysia!! hahah sebab utama pelakon utamanya adalah aaron aziz kowt. fuuuhh mana2 pergi mana2 wall fb semua dok sebuk citer pasal series adam & hawa ni. Adaptasi dari novel tulisan Aiysa Sofea. memang tak dinafikan novel2 hasil nukilan Aisya sofea memang semuanya best2. Peminat2 tegar novel2 mesti tau saper Aisya Sofea... bagi me penulisan Aisya Sofea memang xdinafikan best sama jugak macam norhayati berahim, anis ayuni, aina emir dan juga ramli awang mursyid..penulis2 baru yang macam cendawan tumbuh lepas hujan ni me kurang sikit..sebab takut membazir ajer beli pastu citer ntah hapa2. Kalau zaman2 sekolah dulu memang suka kumpul koleksi ahadiat akashah.. hahaha .

Rasanya nanti2 kalau kite perhatikan, baby baby yang lahir penghujung 2012 memang kompom ramai namanya Adam Mukriz.. Rakyat Malaysia memang mudah terpengaruh dgn fenomena yg melanda macam ni. haha tapi xsemuanya pon macam tu kan kan kan...


Rasanya semua org dh tau, tayangan citer ni kat Astri Mustika HD sebanyak 80 episod tuuuu... memang boleh tgk aaron aziz tu sampai lebam la. hikhik. Astro ni pon memang sengaja nak bagi ramai2 tempah beyond HD kan kan kan... tapiiiii hahaha xpayah pun susah2 nak pi tempah beyond HD tu. meh kite ramai tgk online ajer kat astrogempak.com.my.. setiap series pon ada kat situ..

Nampak gayanya sang suami di Malaysia ni akan mogokla nak bayar bil astro dgn bil internet gara2 sang isteri dok angaukan si adam mukriz yang ensem tu. hikhik.... termasukla me. hahahhaha.. 



Tuesday, September 4, 2012

~kesihatan ABAH~


Sebenarnya dah lama nak post entry ni tapi kebizian yang melanda menyebabkan me luper. Yelaa benda yg dah berlalu itew memang xnak nak ingat pon. huhu.. 3 hari before raya, me temankan abah pergi check-up dgn doktor after discharge dr wad. Yelaaa berdebar tu nak tau selepas berminggu2 abah menjalani rawatan kimoterapi & radioterapi. fuuuuuhhh dalam berdebar2 me mohon di bulan Ramadhan yg mulia ni Allah memberikan kesihatan yg baik buat abah. 

u know what????? Alhamdulillah~ doktor pakar dah sahkan yg kanser abah dah takder.. amiiin Ya Allah...gembira sungguh..abah pon bukan main kepalang gembira.. cume abah kena selalu follow up chek-up la.. maybe 3 bulan sekali yelaa bak kata doktor just untuk precaution. Benda2 macam ni boleh terjadi kembali.. tapiii alhamdulillah betul..abah dah sah bebas dari kanser yg melanda... nasib la bulan puasa masa tu..kalau tak, abah kata nak terus belanja makan tuuu sebab teman dia buat check up. hikhik... xpela abah, janji abah dah sihat , kami semua dah senang hati..

haaaa sekarang ni...bukan main lagi aktif kembali ... haaha bukan aktif apa, aktif membawa cucu2nya meronda2 naik motor... dah merata abah jenjalan raya arituh..yelaaa Alhamdulillah kan... cume sekarang abah lebih menjaga pemakanan diala... lebih berhati2 la dalam membuat sebarang kerja.. 

:)


Monday, September 3, 2012

~berENAM~

haaaa~ semasa berjalan raya umah sedara mara hampir semua makcik2 cousin2 menanyakan soalan yg sama " bila nak tambah??" huhuhuh amboiii~ xnampak ke yg 4 org tu macam2 perangai nak jaga..nak tambah lagi?? hahhahaha huuuu poning kepale xabes laie. Famili planning memang nak berTUJUH tapi anak yg ke lima tu nanti nantila dulu insyallah. Lagipun sekarang ni memang tgh bizi menambah rezeki dahulu, si dia pon bizi dgn famili bisness yg alhamdulillah sekarang sedang berkembang maju. Cadangnya nak biar si kecik tu berganjak 4 thn nanti kot baru menambah bongsu lagipun masa tu umur mencecah 35 thn..bolehla tu. Lepas tu dh boleh stop~ huuuu kalau menambah sekarang alamatnyer memang migrainla mama nye oiiiiii. hahhaha

berDUA

berLIMA~ korang bayangkan, ayahnya nak berehat kejap lelap2 mata penat, ada berEMPAT ni haaa mengganggu ayahnya langsung xjadi nak tido. nak marah xsampai ati pulak tu. hahahha 

dialog mereka: jom kite tido dgn ayah... sejuk2 jom selimut dgn ayah
abess dah tu mama korang nak selimut kat mana???? uwaaaa 

korang bayangkan time nak snap gambar punyela payah nak kumpulkan berENAM ni haaaa~ 

kalau xsumbat dalam troli memang sumpaah korang xboleh nak menyopping bagai~ ada ajer announcement anak saper ilang kang... mau 4 kali announce tu semua anak aku???? erkkk hahahahha

"apa??? mama nak tambah adik???? no way mama... saya ni bukan adik kerrrr!!! merajuk aahhhh camni