Tuesday, October 30, 2012

JANGAN

Perkara yang berkaitan JANGAN dengan si ariq;

1. Janganla korang memandai2 nak mandi dengan pakai towel pastu lalu depan dia eyh..sila lari lelaju pastu terus masuk lock pintu bilik air. Sebab budak ni pantang dengar orang nak pergi mandi, nanti dia block jalan korang pastu tanya 'mama nak g mana?' haaaaa kompom lepas tu dia buat2 meneran dengan merah2 muke, 'ayiq beyakk, nak cebuk mandi' haaaaaa kalau dah situasi macam memang korang terperangkap sebab dia menipu yer. hahahha mana ada dia berak pon..sajer jer sebab nak mandi. Sekarang ni kemaruk nak mandi ajer jer kejenyer. huhu *pengsannnn sebab dah banyak kali kena tipu dengan budak ni. bukak pampers pastu kosong ajer.. tengok muke sket tengah sengih2 nak mandi dengan mama

'mama nak mandi eyhhhh?' haaaaa i smell fishy here..

jap jap jap~ ayiq beyaaakkk. haaaaa kan ai dah cakap..jap lagi kompom dia meneran2 buat muke xbersalah menipu

mama~ nak cebok mandi. haaaa memang sahla.

2. Jangan la nak cakap nak pergi kedai ke, pergi mana2 ker dengan baju lelawa eyh...kompom belom abes lagi korang cakap, tu diaaaaa , siap dah ada depan pintu kete tunggu nak masuk ajer.yang ini pon *gerammmm. si ayah la yang selalu kena sebab ayah yang rajen nak keluar g kedai ke, g beli bekpes ke, g hantar barang ke....

ayiq nak ikut ayah~ haaaa amek ko siap dah pakai songkok eyyhh

ayiq nak air olen duwe.... 

3. Janganla bagi dia bukak beg duit or handbag korang sebab nanti tetiba semua duit syiling dah xde dalam tu!! hahahah kompom abes semua dia kaut masuk dalam tabung. ngeeeeee yang ini selalu geram sebab mama yang selalu kena. Duit2 kecik kadang2 buat beli kuih2 pepagi ke..buat beli barang dapor ke..kan kadang2 ada 20sen ke 30 sen ke..kat kedai runcit xnak duit besar2 kan..selalu dingggg ilang..kosong. waaaahhaah *pengsannn. Lain kali sila amik syiling dalam wallet ayah buat masuk tabung xpe taw. hahahhaha

ko kan dik, tengok pipi dah melayut2 macam buah mangga ajer dah ghopenyer...






nasik KICAP

haaaa favourite si ariq demoks. Cukupla nasik + kicap pastu letakla apa2 ikan ke ayam ke..kompom dia makan lelaju. Bertambah tu jarangla tapi mengompes lauk selalu. Kalau nasik abes, aktiviti seterusnyer meratah lauk. ngeeeee..*gerammm.

Setelah dah elok demamnyer, selera makan mencanak2. Dah naik balik berat dia..sian aritu demam hampir seminggu, makan pon xlalu sampai nampak susut. Sekali bila dah sihat, fuuuuuhhh mencanak2 selera makan. Alhamdulillah, lega nengokan. Bila semua orang dah selesai makan kat meja, dia terus sambung makan depan tv.. Nak wat camner, janji dia makan bak kata ayah.

Makan pon xkire bila..asal lapar jer ' mama nak nasik icap'. Maka sebagai mama yang mithali kan.. kena ada back-up sikit nasik dalam periuk. haha. Kadang2 dah memalam bute pon 'nak nasik icap'. xker ko hangen kan sebab dah makan malam. Ntah ape yang dia kenan nau dengan kicap pon ai xtau. ke sebab 'kenan' ayahnyer ker yang dok sibuk buat kicap kat lab.. ai pon xpasti..yang kompom stok kicap jangan bagi abes! kalau tak selagi ko tak beli kicap, selagi tula dia kuis2 ajer nasik tu bertabur2. Mengikut pe'el si abangnyer haziq pon yer..makan nasik kena ada kicap, tapi si haziq takla se se se kemaruk cam budak gemoks ni. hahahha. Sampaikan me suruh si ayah design botol kicap yang boleh masuk handbag! macam botol perfume tu lelawa tu~ hahahha senang nak bawa kemana2, nanti mintak nasik, spray kan ajer kicap tu kat nasik. Tak payahla nanti kalau nak makan kat kedai, kena tanya tokey tu, 'kedai ni ada kicap tak???.'  *pengsaaannn

Kicap tu tak kisahla jenama apa~ ada aku kesah. haha janji kicap. Botol mesti besar punyer stok. Sampaikan nenek pon simpan stok kicap kat rumah dia. Rumah nenek jarang ada kicap sebab semua orang tua2, mana makan kicap. Tapi sebabkan cucu dia yang kemaruk kicap, stok kena ada satu, kalau tak nasik dalam periuk tak jalan. satu dua suap ajer dia makan. Haziq pon sama la tu...kena ada kicap. Rumah wan memang ada kicapla, sebab anak2 buah yang lain memang dok kat situ.

bersimpuh ko~ biler semua orang dah abes makan, dia xnak org teman. Maka terus bawak pinggan pergi hall sambil layan tv

boleh lapar perut tau kalau nengok dia makan~ bersungguh2 suap nasik kicap. nanti suh ayah ko bukak kilang kicap ajela eh adik oiiii

tangan demoks mencekut nasik.. huuuu kan ai dah cakap..cukupla kicap dengan ayam or ikan..xpayah sup2 ke kuah2 ke.. huhu lagi berselera. Kalau ko letak sup pon nanti dia cakap 'mama, nak icap banyak2'. hahahhaha tapi please yer, jangan bagi dia tuang sendirik kalau taknak dia makan sup kicap eh. ngeeeee *geramm

kat rumah nenek, kol 10 malam ' mama nak nasik icap'~ haaaaaa korang rasa tengok muke dia camni elok ai masak nasik lagi ker atau nak bagi pelempang lelaju???? 

muke pon dah serupe kicap

Monday, October 29, 2012

Hazell COLLECTIONS

BUTIK kawan~ nak citer sket, SEBAB selalu beli baju kurung ke tudung ke telekung ke memang kat sini ajer. Senang, murah dan mudah. hikhik..lagipun biler kite kenal dengan tuan punyer kedai, maka segala urusan akan jadi mudah. Kalau2 nak pergi; operasinyer di NO.4, PUSAT NIAGA MBMB, BULATAN AYER MOLEK, MELAKA. memacam ada, blouse ada, baju kurung memacam jenis, jubah ada, telekung ada, kain pasang, baju melayu, baju kanak2... hahahah semua adala cam pasar borong la pulak cume ikan masin tu, telor asin tu takdela. Jangan pulak korang sengal g situ mintak ikan sepat asin pulak eyhhh!. 

Kalau rasa cam malas kan, klik ajela haiiii kat fb dia. Semua gambar dengan info ada, no telepon pon ada manala tau kot2 skali tengok kawan lama la pulak kan tak pon bolehla kenal2 kenalan. hikhik~


butik Hazell - sebab nama tuan tanah kedaung dia Hazalina. haha. nila butik dia. Dah jadi tokey butik dah kawan aku ni... ai aje yang still lagi disini. InsyaAllah...ada rezeki nanti adala~

Kalau lalu kat Ayer Molek, tu singgahler..
amboiii promote hebat kan kak! hikhik..sajer nak buat entry ni sebab baru ajer lepas g beli baju kat kedai dia..cessss ni yang bahaya sungguh kawan dengan tokey butik!.... asyik menyopping sakan. Naseb kawan2 ai xde yang tokey barang kemas..mau bankrap kalau tetiap bulan dok beli barang kemas kan. hahahaha

nila baju kurung yg baru me grab! waaahhh main tunjuk ajer, xsusah mana pong. hikhik. Merah menyala nyala la kakchik, nak pakai g mana ni eh???? hahaha

memula tu cam rambang mata sket, nasib merah tu menyala2, jadi mata pon menyala la kan.

dalam hati berkenan yang ini, tapi putih ko~ kompom arini pakai, esok melalak2 sebab memacam corak kanvas anak aku dok cop2 dengan tangan dia yang gemoks tu. hikhik. lawa kan...memihat hati

jubah kaftan pon ada.. 

blouse 


amik tudung selai

tapi~ bila dah bayo, baru perasan yang ini sangat cantik!!!
*gerammmmm











Majlis KORBAN & AQIQAH

Alhamdulillah, tahun 2012 tempat kami dapat melaksanakan 17 ekor lembu untuk majlis sambutan KORBAN & AQIQAH. Bukan area rumah kami, ni kat rumah mak abah. Kami pon join sekali untuk Haziq, angah pon join skali untuk Atirah & Hazim. Seronok sungguh tetiap tahun dapat join majlis korban & aqiqah kat sini. Memang meriah. Tetiap tahun akan penuhla padang kat sebelah masjid An-Nur ni. Siap ada gotong royong masak memasak daging yang telah di korbankan. Alhamdulillah... masing2 bizi tapi setiap kali Raya Aidiladha, semua orang dapat berjumpa kat sini untuk majlis korban & aqiqah ni. MERIAH~

Tak taula pulak me kalau kat tempat2 lain semeriah mcm ni. Tapi kat sini memang setiap tahun sangat2 teruja nak pergi berkumpul sesama. Sebab tula setiap tahun me seronok nak join majlis korban untuk anak2. Si kakak dan Syafiq dah sudah, tahun ni giliran Haziq pulak. Kiranya ni dah masuk 3 kali la me join untuk anak2. Alhamdulillah ada rezeki untuk anak2. Nasib incik suami jugak sangat sporting untuk berpagi raya dan menjalani ibadah korban di rumah mak & abah tetiap tahun. Memang dia pon sangat seronok untuk join majlis korban aqiqah disini, sebab tu la  xkisah pon ngeeehe. Lepas tu baru kami pulang kerumah mertua. 

Tapi~ oleh kerana tahun ni Sambutan Aidiladha jatuh pada hari Jumaat serta memandangkan korban tahun meningkat jumlahnya, maka kariah masjid disini decide nak buat majlis pada Sabtu kerana taknak mengganggu solat Jumaat. Jadi tahun ni, kami perpagi raya di rumah mertua. Kampung mertua, majlis korbannya tak semeriah macam kat rumah mak abah, tahun ni jumlah lembu hanya 5 ekor. Tak ramai kamuniti yang join pon. jangan mare ehh hayaang. 

Anak2 memang tetiap tahun akan teruja la bila tiba Aidiladha kat sini. kehulu kehilir dia pergi tengok lembu2 tu, kadang2 pergi menyibuk tengok atuk dan baba tolong orang potong2 daging tu untuk diagih2kan. Wan dia pon ada tolong memasak. Tahun ni mereka masak Asam pedas daging, nyummnyum. Sangat seronok bila begini sebenarnya sebab semua orang akan take part masing2 dan secara tak langsung akan meningkatkan semangat bergotong royong, bantu mebantu..semua orang akan merasa daging2 korban yang diagihkan, kite pon akan kenal sesama komuniti kite kan kan... ker bergosip ajer lebih mengalahkan mak jemah... antara dialoq yang biasa kite dengar time2 cenggini-  'eh anak ko dah berapa?' eh ko skang dok mana?' eh ko skang keje katner', 'eh dah lama tak jumper kan', 'eh apa fb ko ', 'eh ko pakai kete apa?' hahaha 'eh laki ko yang mana satu', hahahahaha dialog tak menahan

tapi kan..masa me lihat kat luar pagar masjid, ramai jiran2 bangsa lain sepertia india dan china yang datang tengok...mereka hanya berdiri reramai kat tepi pagar tepi masjid untuk tgk bagaimana majlis korban ni diadakan. Alhamdulillah... kami duduk dan dibesarkan didalam komuniti yang sangat2 hormat menghormati dan  tolong menolong sesama jiran tetangga walaupun tolong tengok. hikhihkik

KAMI
budak2 ni semua sangat2 excited.. semua part dia tengok dari menyembelih, melapah, memotong, memasak.. hahaha mama ajer yang tak berani nak tengok part sembelih tu. Budak2 ni selamber ajer~

Salah seekor lembu yang bakal dikorbankan- lembu si haziq no 3

sesi melapah lembu2 yang telah dikorbankan

sebahagian dari 17 ekor lembu yang sudah dikorbankan, untuk sesi melapah pulak.

untuk diagih2kan

bawah ni gambar2 yang diambil dari FB kawan... tq eh ajip tumpang pinjam gambar
Masjid An-Nur dipagi hari

menurunkan lembu2 untuk majlis korban

gotong royong melapah daging dan mengagihkan daging - sungguh meriah

YB Datuk Ahmad Hamzah, Ahli Parlimen kawasan yang hadir dan melaksanakan majlis korban

Alhamdulillah, selesai sudah.. tahun depan jumper lagi. jomm balik masak daging. 
- tolong abaikan baju me yang nampak cam mengandung 9 bolan... apekehal baju ni ke angin bertiup ni????? *gerammmmm

syafiq dan kakak - dah jommm balik mandi, dah bau cam lembuu la korang. ngeeeehe


'mama, tadikan muke lembu tu camni~ senget2 orang penyet dia tepi pokok' hahahhaha









Sunday, October 28, 2012

salam AIDILADHA

Salam Aidiladha buat semua dan Selamat Menjalani Ibadah Korban & Aqiqah~ Alhamdulillah, tahun ni sekali lagi dapat menjalani ibadah korban buat Haziq pulak. Seperti tahun2 lepas, si kakak & syafiq, tahun ni untuk haziq pulak, Insyallah next year jika ada rezeki lebih, nak buat untuk ariq pulak. Nantila next entry la me citer pasal majlis korban yang dibuat untuk haziq yerr. 

Memandangkan raya tempoh hari, kami bersembahyang dirumah mak abah, jadi untuk sembahyang aidiladha kami ke rumah mertua pulak. dirumah metua hanya ada mak, ayah, kaklong sefamili dan kami. Abang dan adik ipar pulang ke rumah metua memasing dahulu, petang nanti baru kemari. After sembahyang barulah kami gerak ke rumah mak abah yang mana memakan masa lebih kurang 30 minit. ngeeeehe. Angah takder, pulang ke rumah kak nor, Insyallah malam nanti baru sampai sebab esoknyer ada majlis korban di kawasan rumah mak ni. Seperti tahun tahun sebelum ni, majlis korban disini tersangatlah meriah. sangat2 seronok sebab nanti boleh jumper kengkawan lama, jiran2 sambil bergotong royong di kawasan sebelah Masjid. Sebab tu, me suka buat ibadah korban untuk anak2 tetiap tahun secara bergilir, sebab nak join meramaikan huhu sebenarnya nak menyibuk ajer lebih. 

BAlik pagi2 tu tengok memacam la makanan yang dimasak oleh mak mertua dan kaklong, me hanya tolong makan sampai menambah2. hikhik..tak malu kan kan... memang tak dapat nak menolong sebab malam sebelumnyer me kerumah mak untuk membantu memasak.  Jadi dapat tolong makan ajela. ermmm kalau ada pon, me lebih suker mak mertua atau kaklong yang memasak sebab mereka ini kalau bab memasak memang ummmmpppp...terbaiiik!!

kami berdark brown lagi~ xkoser ehhh nak beli baju baru. Pakai ajer apa yang ada. Si kakak tengah demam, kesian pon ada... naseb bila makan ubat, demam kebah.

kaklong sefamili pulak berhijau. Pagi tu memang sessi mengamik gambar ajela kejenyer. hahahha. maklumler ada orang tu baru beli Nikon D5100. Jadi menerai ajela. hkhik

caca marba~ hijau dan cokelat

we r happy famili


weeeeee~ best atuk bagi duit raya. hahah tapi gambar atuk ngan nenek takder sebab sebok dok kat dapor.

si ariq~  cukup suke time2 orang dok kelek dokong dia ajer kan...mencanak2 manjanyer

hero of d day... nyempat anak2 buah buat. untooongla anak2 buah dah anak2 dara bujang2

heroin of the day~  dap dapnyerr. rendang ayam

kuah kacang

masak lodeh

assalamualaikum tuan haji~ nak pergi mana ni tuan haji

aiseeeeyyh tuan haji.. baru balik masjid ke? banyak korban tahun ni tn haji??

budak k-pop. ngehehe.. 

Sekian, ni ajer yang sempat snap. Yang lain tu memang xsempat. Gambar si kakak ngan si syafiq memang xsempat ler. Si kakak asyikla dok tido lepas makan ubat, si syafiq memang dok memain reramai tu. kehulu kehilir...puas mengejar nak snap gambar tapiii memang berpeloh peloh la haiiiii. Gambar makanan rumah mak abah pon xsempat nak snap sebab sampai2 ajer dah tinggal separuh kena balun dik adik gemok tu. hahhahaha tapi, chicken wings bbq mak memang terbaik la!!! sedaaappp teringat2 sampai ke sekarang.
















Friday, October 26, 2012

ariq lagi dan ESCALATOR


Khamis, kami berpoya poya. ngeehe. Anak ke sekolah jadi me mendating dengan incik suami. Sajer jenjalan sebab cam dah lama tak jenjalan berdua sahaja. plan hari sebelumnyer xjadi. Tapi jangan jeles, kami siap ada BODYGUARD tu. hehe bodyguard kecik. Memandangkan abang2 dan kakaknyer dah puas jadi bodyguard kami sewaktu kecik2 dulu, jadi skang ni nak bagi chance la kat yang bongsu ni. 

Tapi si ariq ni kalau ikut ke shopping complex teramatlaaa suke main escalator. Tersengih2 nak naik turun. fuuuuueew, xlarat la iskk isk... kejap naik kejap turun melayankan kerenahnyer. 

tu dia..tersengih sengih ajer la eh. EXCITED. jap jap...sila abaikan gambar pompuan seksi kat belakang tu eh..kamain ko kan menyeksi kat tepi escalator. Sajer la tuh nak perli2 ai ni kan yang gebas gebus kat atas escalator ni!! ngeeehe

ya Rabbi.... ni bini saperla ni... si gemok tu pon sebukla haiiii. boleh pulak ajak mama berposing kat atas escalator ni haaa. 

dah puas main escalator, skali nak beli mainan pulak dah... ahhhh sudah~ nak kete remote control ajer lak tu , beli mainan lain xnak.. 'nak red car nak red car'... rasa cam dah penuh box kat rumah tu dengan kete. 

asyik beli kete ajer dik, jom teman mama beli kasut~ weeee alahaaiii kaki saper la yang demoks2 tu... agak2 kakai ai yang mana satu???? ngeeeheh

dah puas jenjalan, jom makan~ 'mama nak nasik icap'. haaa mane datang nasik kicap kat Kenny Rogers ni yang oiiii! aiseehh budak ni seleracamorangtue bwtul la.

haaaa songlap muffin mama eh. siap makan bawah meja senyap senyap camla orang nak amik. eiii teruk betul..anak sapela ni kan kan... sampai 2 muffin dia songlap masuk perut.Ingat mama xperasan la tu konon then i asked him ' haaa mana muffin mama dah ilang???'       'tak tau!' 
  amboiiiiiii ko kan

'mama nak icap'. muahahhahaha anak sapela ni haaiiiii kemaruk kicap ni. Pastu makan nak sendiri ajer..camorangtue siap sudu dgn pisau tu

dapnyer~ agak2 kalau kite suggestkan ayam tu letak kicap sket boleh tak???? muahaha mama dah mengong