Sunday, March 30, 2014

old skool


sape taw apa ni?? waaaa old skool giler kan..kalau korang yg wujud sebelom zaman 90s mcm me memang tawla apa ni. tiket bas awam. xkisahla bas mini ke bas town ke bas aziz ke bas mos ke bas batang ke bas mara ke...semua gune benda alah ni kalau kat tempat me tinggal la.. tempat lain bama basnyer lain. waaa rare giler skang dh xde kowt. dedulu kalau nak ke sekolah, ke pekan, ke zoo, ke tmn buaya, ke store, ke fajar, ke bus stand, ke thai kuang, ke ocean semua baik bas. charge paling murah 30 sen dr sekolah ke rumah xpon ke pekan sbb nak pergi tuisyen.

kalau bas mara, tiket dia lawa skit kaler2 lawa so suke simpan ikut kaler. lain kaler lain harga. hahahahha memori betul. zaman waktu muda remaja, baik bas tu satu kemestian, maklumla ayahnya koje sojer, jarang nak ada kt rumah. maka kami nak kemana2 naik bas sajer lagipun dedulu nk dptkan bas senang. depan rumah nanti setiap sejam bas akan lalu. bas mara pendek kaler biru memang akan ronda dlm taman umah masa tu.tahan jela depn pintu rumah siap jerit2 dr dalam umah.. bas bas baaasss jap jap! hahahaha ko hade? pakcik drebar siap kenal kiteorg dlm taman perumahan tu taw.. mana taknye tetiap ari sejam sekali dh lalu dr jam 7.30 sampai paling last 5.30 ptg. hahaha kalau lambat kena naik bas lain yg lalu luar taman jer. 

makin lama bas mara tu dh xlalu. kalau xsilap sejak masuk zaman 2000 kot. sebab dh rugi. maklumler org dh banyak gunakan kereta masa tu.. makin lama bas bas awam memang payah nak nampak la.. zaman satu rumah satu kenderaan..xtaula kalau kt bandar2 besar mcm kl kenderaan awam mcm bas ni still banyak lagi.. tp rasanya org banyak guna LRT , komuter la apala..  budak2 zaman sekarang memang sgt rugi xdan nk merasa naik bas awam bersesak2 berebut2 tempat duduk hahahaaa kenangan terindah betul la...

jus tomato utk kulit cantik


kalau sempat before breakfast dgn before sleep me suke minum jus tomato plus buah or sayur.. xkisahla apa yg ada dlm fridge tp basic nye mesti tomato. maklum le dh semakin berumur ni. nak kulit cantik flawless le kekonon..healthy plus sedap.. cuba try memang mabeles oiiiii. memandangkan setakat buat utk se mug, maka guna sajerla blender yg ada kat dpm gerobok tersimpan jer. Jus maker ada tp malas. hahaha bukan apa, nak basuh part part dia leceh. kalau blender tu sekali basuh badan dia je. xyah tapis2 terus minum skali sgn serat dia.. utk perut skali kan.

Kelebihan jus tomato

Manfaatnya untuk menguruskan badan, jus ini menguruskan badan ini hanya mengandungi 50 kalori/250 ml. Jus tersebut juga mengandungi bioflovonoid yang membantu memperkuat pembuluh darah kapilari, jadi tidak menimbulkan kebocoran pada pembuluh darah dan pembentukan ruang yang mengandungi air pada kulit yang menyebabkan selulit. Dan kandungan likopen dalam tomato telah dikaitkan dengan penurunan risiko terjadinya kanser prostat.

resepi utk brekfast

1 bj tomato
sepotong honeydew
200ml air
blend jer
then minum before amik breakfast
senang, pantas, mudah dan sedap xpyh letak guka sbb me tambah buah honeydew

resepi before sleep

sebiji tomato
sepotong honeydew
seikat pengaga - apa yg ada dlm fridge. kalau ada saderi pon blh
200ml air
blend then minum

malam me suke campur sayur sket sbb banyak skit masa xtekejar2. jalau pg tu memang terkejar2 nk ke opis, malas nak masukan sayur2 tu lagipun kalau minum mlm before sleep, nanti pagi2 dh elk jerr ngadap bilik termenung.. perut pon rasa sedap. cubala mesti ketagih punya dgn syarat buah tu letak yg manis so xpyh tambah gula. kalau rasa xde buah, letakla sikit gula or madu. 

Saturday, March 29, 2014

trip ke KK Sabah

26/3/14 - 27/3/14 ada courtesy visit ke Kilang Sabah International Dairies Sdn. Bhd. Sekali dgn Kak Zu (microbiologist) dgn Pn. Suhanies (wakil kementerian kesihatan bah. kualiti makanan Neg. Melaka. Tak sabar nak pergi sebenarnya sbb excited dpt melihat dairies production secara dekat dan details.. especially Sabah International Dairies ni terlibat dgn Program Susu 1Malaysia bg kawasan Melaka, N.9. bertolak seawal 5am tu sbb flight pergi 7.45 am ; Malindo Air. Rentetan peristiwa MH 370, hati seakan terasing.. berzikir sentiasa.. semoga dipermudahkan segala urusan kami. haha phyco sangat kaaaan. padahal domestic flight sajeeerrr.

Tapi jadual memang pack. Kami jejak ke tanah KK lbh kurang jam 10.30am lantas terus ke hotel prominade dan sempat berehat, mandi solat dan jam 2 bergerak ke kilang. Malamnya kami sempat ke pasar malam mkn seafood terbaik.. nyumsss sampai sekarang masih lg lap ailio. hahahah.. xlupe jugak... sayap ayaam.. waaaaaaa terbayang2 lagi sayap nya. makan panas2.. walllaaahhh terbaek! 

Tapi org pompuan dgn soping memang xblh dipisahkan ibarat irama dan lagu. hahaha lantas after mkn, kami gerak ke psr malam seberng dgn pasar Sabah/ Filipina. malam2 pasar Filipina tu tutop.. tido malam xlena kowwt sbb still xpuas lg. almaklumla bergerak ke psr mlm dlm keadaan letih dan kenyang ibarat ulau sawa kenyang. haha mata pon jd kabur maka pagi2 selepas breakfast kami bergegas ke psr Filipina utk sambung sooping dgn perasaan yg tenang. hahahaha tenang la sgt kaaaan sampaikan wallet jd kempis. Jam doblas kami check out then pulang dgn flught jam 3.30 ptg.. wpun semalam tp Syukur Alhamdulillah bersama ilmu yg sgt banyak kami dpt di Kilang susu tersebut dan of coursela ilmu di  pasar filipina. wakakaa.

masa ni announce kalau xsilap kami di ketinggian 33,000 dgn 860 kelajuan. kapten Yurandy rasanya...1st time me khusyuk giler tgk promo psl keselamatan jika berlaku kecemasan! hahaha sblm ni xamik pusing kekonon alaaah ada pramugari apa ada hal kaaan

tempat ni syoook weeei. dpt minum fresh milk lagi.. gambar tak banyak biasalah camera not aloud. 

Maha Suci Allah. sangat catik senja di KK, Sabah. view dr bilik hotel. Alhamdulillah diberi kesempatan utk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan

masa ni me rasa nak cari keje kat Sabah! ko rasa? kalau dh sotong sekilo 5hengget berbanding harga sini 16 hengget sekilo. fresh lagi lauk2 kat sabah ni.. geraaaaammmm tgn rasa gatal nak beli tp kaaan, mana la nk bw balik naik flight. leceh nanti nk kena pack la apala.. 


lauk fresh kat psr malam ni dgn harga yg sgt murah. xlepaskan peluang tu yg kenyang mengalahkn ulau sawa kenyang mon kambing sekor. hahaha weeeii tp kerabu rumpai laut hijau tu sangat sedap hokkay.. kalau mkn tu sajer pon xpe dgn nasik panas2. sape2 yg pegi sane better try. sedaaaappp sampai skang still lap ailio.. nak mntak resepi malu. kahkahkah nnt blh cantik kulit. 

flight balik boeing 737 kalau xsilap.. Alhamdulillah selamat semua dan urusan berjalan lancar.

Wednesday, March 26, 2014

ulangtahun ke 9 - my little princess

today is my little princess's besday... Umairah Dayana binti Nor Arizam bin Kadir bin Atin... 9 thn yg lalu... jam 3 ptg di labour room, Pantai Hospital, Ayer Keroh Melaka. memandangkan she's only my daughter... perangai memang sebijik ikut mama. keras kepala, tak banyak cakap kalau xkena gaya, bijak, independant, btanggungjwb, kepala hangen, comel, manja ayah.. sebijikla mcm me masa kecik2... hehe mana nak tumpah kuah kalau xke nasi ye tak?

oleh kerana 26/3/14, me kena fly ke sabah atas urusan kerja.. so we all celebrate semalam la. awal sehari. Actually cuti sekolah kan, budak2 ni semua dok umah wan.. so balik keje lepas settlekan urusan, lepas makan me dan incik somi terus gerak ke rumah mak kekonon nak surprise... surprise kek je yg sempat.. 

semua xtau yg kami nak dtg ... hehe plan menjadik. terkejut si kakak bila mama dgn ayah dtg bw kek surprise sambil nyanyi masuk dlm rumah.. hati parents mana yg xseronok bila tgk anak2 suka kan. xsempat amik banyak gambar sebab excited. hahahaha

Doa mama dan ayah semoga kakak menjadi anak yg solehah, berguna utk bangsa dan negara, bijak, menjadi seorang yg berjaya, cantik semoga diberikan kesihatan yg bagus, sentiasa berada dibwh lindungan rahmat dariNya.. semuala... insyallah amin

rainbow cake with cream cheese frosting.. sajer tempah dgn member opis. nyumsss sangat. selalu mkn kek ayah biat jer, this yr nak mkn kek air tgn org. heheheeh

waaahhhhh.. besday demok ke besday kakak ni?? kembong2 mulot lorat nak tiup lilin

tq mama tq ayah! tekejut kakak.. si syafiq dok lena tidoq. kejut2 xsedar. kata atok ye penat sgt arini teman makcu pergi jalan2.

aiman xmuat gambau.. huhuhu amik dlm keadaan excited la kekononnya


Tuesday, March 25, 2014

MH 370 Kuala Lumpur - Beijing

awal 8 Mac 2014, kita digemparkan dengan tragedi kehilangan pesawat MAS Boeing 777 : MH 370 Kuala Lumpur - Beijing. Pelbagai spekulasi dari
pelbagai pihak sebab MH 370 tu tersasar dari laluan yang mana ia berpatah balik menghala ke Langkawi... di situ dah macam2 spekulasi timbul. Kita pon tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi sebab there's no distress call .. dimaklumkan transponder dimatikan maka radar juga nit detected.. Pelbagai negara membantu   dalam operasi mencari kapal terbang tersebut. meletop/ terbang rendah/ hijack/ sabotaj/ dh landing oiiiiiii memacam spekulasi yg tak terhadam lagi ni suddenly malam tadi Datuk Seri Najib dah announce pasal MH 370.

masa DSN announce ni.. sebak, sedih, pilu semua ada apatah lagi famili mangsa kan.. Masyallah... Redha diatas segala ketentuan. Al Fatihah semoga Allah melindungi dan memudahkan segala urusan mencari segala maklumat/ serpihan/ mangsa/ kotak hitam dan semuanyala yang melibatkan MH 370.




antara mangsa yang terlibat didlm nahas MH 370. tragedi pertama yang membuatkan kita tertanya tanya.. kenapa tiada distress call? transpondent off.. why turning back? kenapa ke Lautan Hindi.. jauh tersasar.. ia memungkinkan pelbagai  spekulasi.. w/pun terima kasih kepada mereka yg membantu Malaysia didlm misi mencari ini...