Family mertua me ada mengusahakan bisness catering dan pernah kluar TV3 *winkwink tolong promote. Tak kisahla utk kenduri kawen ker, jamuan ker, akikah ker, untuk VVIP ke, macam2 la. Semua pon boleh. Sebenarnya bisness ni bermula dah lama cuma baru 3-4 tahun kebelakangan ni baru manonjol la. Tapi dah memang nama pon family bisnes kan. Kebanyakan share holder aka pekerja semua anak2 dia termasuk la ehemm eheemmm menantu2 skali la. hikhik.
Me memang akan membantu bila ada tempahan lauk pengantin la. Tolong kakak ipar sebab dia dahla memasak, xdan dia nak menghias bagai la semua. Jadi memandangkan anak2 semua dah besar xpayah nak kelek kemana saja, maka me join sekaki. Terdapat pelbagai pakej yang disediakan bergantung kepada price per head tapi yang specialty ayah mentua me ialah beriani Gum dia la. Kalau masak kari/beriani kambing memang best giler..me yang xmakan kambing memang boleh jadi addicted betul dgn lauk dia. huhu. satu lagi yang me paling suka ialah gerang asam tetel/daging dia..fuuuhh dah namanya orang melaka kan..best giler.. lemak rebung perut pon best.. huuuu semuala best, masak lemak ikan kurau masin + nenas pon sedap, kari tulang + daging pon sewdapp, sayur pecal pon sedap..rendang tok mak mertua me pon sedap.. alaa semuala sedap giler kalau tak xkan masuk TV3 kowt. *winkwink. Services katering ni x hanya dalam Melaka, kami dah pernah sampai ke KL, N.Sembilan, Kulai, Muar semua la~
gambar2 kat bawah ni tertakluk pada pakej. Memandangkan gambar pon xbanyak ambil ajela mana yang patut ni yelaa mana sempat nak ambil time sibuk2 tu kan
Taklimat oleh ketua pekerja. Selalunya adik ipar me yang akan bagi taklimat pada pekerja ni.
antara salah satu susun atur ( ada juga yang guna dome VVIP; semua depends pada pakej)
beriani daging
masak lemak rebung + perut ( ada jugak org mintak dgn udang ke ataupun lemak nenas dengan ikan masin kurau ke.. macam me cakap, depends on pakej)
sambal ayam
pajeri nenas
buah oren - yang ni normal la, jarang nak dengar org mintak buah anggur ke strawbery pulak kan~
setting meja untuk khemah pengantin
pakej lauk pengantin selalunya siap skali dengan hiasan di meja khemah pengantin
lauk pengantin; selalunya sayur campur, sotong, ikan siakap, ayam golek, udang, lempong, hati, buah2an -jenis masakan depends on pakej
bakul buah tembikai tu si dia yang buat yerrr..cantik tak??? *winkwink
setiap pakej lauk pengantin yg ditempah, akan diberikan percuma 1kg moist chocolate kek - si dia yang buat tu yer.. sedapp giloss !! selalu akan ada order tambahan dari customer sbb kek sedap. *winkwink puji diri suami sendiri ~ la la la
part yang paling malas~ mengemas dan membasuh ler .. nasib anak2 buah me rajin amik tender dari atuk kadir. hikhik