Monday, July 30, 2012

ChicKEN & mushRooM pUFF

Hari Sabtu lepas me ada buat chicken & mushroom puff.. fuuuhh sedap tau.. haha puji diri sendiri. Memandangkan anak2 me 4 org ni memang suka makan puff  tak kirala puff kaya ke, kari ke, kentang ke, tuna ke, sosej ke...janji puff. Memang la xcukup kalau satu. Bayangkan kalau beli puff ni, satu ajer dah RM 1.90.. ada 4 org yang mana kalau beli xkan boleh dapatnyer sorang satu, kompom nak dua.. kayala tokey kedai tu kan. hahah..Jadi mama nyer kenala belajar ala2 mastercheff buat sendiri... sebab kalau buat sendiri akan jadi lebih puas hati dan jimat. Inti dia boleh letak banyak2 ikut suka hati..Kalau beli tu dahla mengkayakan tokey tu,  kedekut tu satu hal letak inti main colet2 ajer...xbest betul~ Lagipun pastry segera senang ajer nak dapat..kat pasaraya ada jual baru RM3.90 sepeket/10pcs... cuma rajin dengan xrajin ajer kan kan kan...

suka beli pastry segera ini~

rupa dia macam ini

mood terajin, me buat chicken with mushroom dgn cream sos , ada sosej skit lebih2 sahur kalau nak letak sosej pon boleh, inti karipap ke, tuna spread ke, serunding ke, kaya ke... ikut suka selera

letakla macam ni; kalau guna sosej tu, goreng/rebus dulu pastu gulungkan ajer dlm pastry ni

masa nak lekatkan pastry tu, me guna sikit air campur tepung, then tekan2 guna garfu ni biar cantik. xkan nak kelepet2 mcm karipap pulak kan...hancur ler dia sebab pastry ni rapuh

haaa macam tula rupe dia

Buat lebih2 boleh simpan dalam peti, nanti bila nak makan boleh bake~

autobot kesayangan menjalankan tugas : 180C 30 min.

siap~ sedappp kan..crunchy, rapuh 


RESEPI inti Chicken & mushRoom 

bawang besar 1 biji dicincang
bawang putih 2 biji dicincang
cili merah 1 biji dihiris / 1 biji cili api
isi ayam dipotong kecil2
sosej goreng diris - optional
cendawan butang/tiram dipotong
Fresh cream sikit (kalau xde, letak sup cendawan pon boleh)
garam secukup rasa
black pepper skit - optional

 CARA2;
tumis bawang, bawang putih dengan cili sampai kuning2an
lepastu masukan isi ayam
kacau rata sampai isi ayam dah agak masak
masukan fresh cream / sup cendawan skit
masukan air sikit jer
masukan garam + black pepper
masukan cendawan
masukan sosej
kacau sampai dah agak pekat
angkat dan sejukan

ataupun

nak lebih senang, ni favorite anak2,
me beli ajer tuna spread yg pedas tu
haaa letak ajerla ikut suka








Friday, July 27, 2012

pulAU tiOMAn 19 September 2011

Suddenly rindunyer nak pergi Pulau Tioman lagi~ sangat2 best hokkay. Meman ada plan nak pergi tapi since si dia buzy dengan katering, xtaula bilanya. Tambahan pulak si kakak dah bersekolah, time school holiday pulak memang pack dengan tempahan katering, maklum ler musim orang kawen. by hook memang kena plan bebetul kalau nak pergi lagi... hahahah tanduk bercabang2 memang nak memontengkan si kakak la nanti.. hikhik.. alaaa kalau after exam xde hal kan kan kan... hahaha... moh ler kengkawan pergi tioman yg sgt cantik itu... rindunyer the moment kat situ~

kami stay kat Panuba Inn Resort

masa tiba di Jeti resort~ jakun sekejap sebab lautnyer nampak sampai ke dasar.. sangat2 cantik

main pasir~ yg bersih sangat2

aktiviti snorkeling yg disediakan di pulau2 kecil sekitar Tioman

 si kakak & ayah
syafiq & ayah

MasyaAllah, cantiknya pemandangan didalam laut tu tau... terpegun sgt2 sampaikan rasa xnak balik

tunggu turn

dalam bot

Subahanallah~ cantik sgt kan

Thursday, July 26, 2012

ikan pekASam & buLAN raMADHAn



Seperti biasa di bulan Ramadhan, me suka makan ikan pekasam~ pembuka selera. kadang2 sahur makan benda ni dgn bawang goreng + bawang + cili api & telur dadar... cukup sudah. Sangat2 berselera tau. huhu sangat sedap. Teringat dulu waktu memula kawen, si dia xpandai nak makan ikan pekasam ni, buat muke pelik. Tapi lama2 dia yg paling suka makan. Sampaikan sekarang, bila nak bulan puasa mesti kirim kawan di Perak / membeli dari kawan di Perak sampaikan menjualnya sebab sedap sangat2. huhu ada orang xsuka makan sebab tak tahan baunya bila digoreng tapi kami yg org kampung ni bau tula yg membuka selera... huhu tambahan pula makan dikala panas...fuuuuhhhhh 

haaaa sekianla entry pasal ikan pekasam ni... hahah takan nak tepek resepi ikan pekasam goreng kot...lawak la...goreng ajela ikan tu dalam kuali. hahhahhaha

mari mari beli ikan pekasam yang sedap ni...origin dr perak... ikan gelama ada, haruan ada, ikan sepat ada, ikan puyu ada....  :)

Tuesday, July 24, 2012

biLa sYaFIQ berPUASA

1st day Ramadhan

2nd day Ramadhan

Alhamdulillah, tahun ni si ayah aim nak ajar syafiq puasa penuh. Tahun lepas dia banyak culas pose... sekejap2 ajer. Tahun ni dapat full dan sehingga ke hari ni 4 Ramadhan, dia xpernah culas puasa. Sejuk perut mama dia kan kan. haha masa mula2 mamanya xsampai hati. kesian tgk syafiq tinggal spender ajer sebab haus & lapar. hahah ikutkan memang mama nak suh dia minum air ajer. Tapi si ayahnyer sgt garang..katanya anak lelaki kena belajar pose penuh sbb dah 6 thn..biar dia belajar bersabar dan berdisplin..amboiiiii... dia membandingkan zaman dia yg berpuasa penuh seawal 5 thn. hikhik.. si kakak alhamdulillah memang dr 6 thn hingga sekarang xpernah tinggal puasa. 

1day puasa..memang melepekla syafiq, tghari dah tinggal spender ajer..nasib waktu wekend.. kesian tgk.. Bila berbuka minum air xingat.. ayah pulak sanggup mengharung sesak2 ramai org semata nak belikan anak bujangnya air tebu. Kalau mama yg request memang dia xlayan..yelaaa bazar Ramadhan di waktu cuti..memang sesak org. hahaha. kerana anak bujang yg berpuasa penuh, dia redah jugak...Berbuka dirumah nenek, memang semua benda dia makan la..atuk janji nak bg duit raya yg banyak..seronok betul dia.

2nd day puasa... dia makan sahur punyala banyak sbb takut lapar. muahahaha...lawak pon ada.. pagi2 lagi dah tinggal spender ajer. Hari pon sama.. ayah dgn gagahnya redah bazar ramadhan nak carikan si anak air tebu. arini berbuka dirumah wan pulak. haaaa arini dia dapat mandat lebih. muahahah semua kesiankan dia..dia cuma duduk ajer, semua makanan dgn minuman semua org tolong cedukkan, hulur kat dia.. dia sebut ajer nak apa...waaahwahhh~ tapi hari ni dia dah kuat sikit.semalam ajer yg melepk ajer..arini dah biasa skit, so dia boleh main2 dgn aiman sampai waktu berbuka.

semalam 3rd day Ramadhan~ me siap pesan kat teacher dia jgn diberi mkn sbb dia puasa.. haha alhamdulillah..penuh jugak puasanya . Teacher kata, dia nampak ceria sibuk dok citer dia pose.... ermmm makin lama dia dah biasa...

renDANg ayam puaSA

Sehari sebelum puasa me ada buat rendang ayam.. Ayam yg abah belanja biler jemput dia balik dr spital tempohari. hahah... beli sekilo utk buat rendang. Jadila sebab makan berenam yg mulut masing2 kecik2 belaka kecuali mama dgn ayahnyerla. Me memang suke makan rendang.. Favourite 4eva ni. Ibarat xlapuk dek panas, xlekang dek hujan.. haaa mcm tula. hahaha tapi depends jugakla. Kalau rendang tok tu me kurang sikit sbb rendang tok xlemak sgt2 mcm rendang yg diletak santan kelapa. hahaha... ' yg lemak itu sedap' haha.

biasala, sempena meraikan kedatangan Ramadhan al-mubarak. bukan susah pon kan nak buatnyer. hahah dah nama makanan paberet.kalau xreti buat sendiri, baik xpayah makan. Rendang tu skali buat sahur pagi 1 Ramadhan. Dah biasa kot..masak rendang bagi menyambut Ramadhan. Rasanya org ramai pon macam tu. huhu...kalau kat Melaka ni, sehari sebelum Ramadhan penuhla nampak khemah dijalan2 org menjual daging lembu yg gantung2 sekor2 tu. meriahkan..xtauler kalau kat negeri lain2 ada macam ni. Biasanya mak2 ni akan beli daging utk dibuat rendang ataupun sup tulang utk menyambut Ramadhan. 


fuuuuhhh.. rendang ayam yg marbeles

Resepi?? me main campak2 ajer, tapi bolehla kalau nak agak2 tu

Bahan2nya:
Bawang besar sebiji, Bawang kecil dlm 3 biji
Bawang putih dalam 3-4 ulas
Serai 2 batang
cili api dalam 6-7 batang (xnak pedas sgt sbb anak2 nak makan kan)
semua bahan2 kat atas ni dikisar halus

Halia 1 inchi, lengkuas pon dlm 1 inchi - diketuk
santan sebiji
garam secukup rasa
kerisik kelapa 2 sudu besar
daun kunyit dihiris halus

hero dia:  Ayam sekilo lebih

Cara2:
me masukan semua bahan kisar dalam kuali, ayam dan halia, lengkuas. Kecutkan ayam sebentar bersama bahan kisar semua. 
kemudian, masukan air, agak2 sebab ayam cepat masak. Kalau masak lama, nnt ayam jadi hancur.
Masukan garam.
Biarkan menggelegak, masukan santan.
Masak sampai dah agak pekat kemudian masukan sedikit kerisik kelapa
Gaul sebati, dan bila dah agak kering, masukan daun kunyit yg dihiris halus.
Taraaaa siap