Sunday, April 28, 2013

butir nangka masterchep


Hari tu tgk masterchef celebriti, peserta apron hitam kena masak pengat. owh pengat. peberet pengat adalah pulut itam dan pengat pisang. fuuuhhh suke sangat nak nak mak yang buatkan. Tapi takla setaksub abang me, si angah tu. Semua jenis pengatla memang peberet dia sampaikan simpan dlm peti, pastu makan sejuk2 pekat2 tu haaaa memang dia xkan offer korang punyela. Sampaikan bile buat pengat, pastu angah xdtg umah mak, mak sanggup simpan dalam bekas pastu letak kat sejuk beku utk si angah ni haaa.

Tadi belek2 majalah kat umah mak mertua, nampak pulak resepi butir nangka ni haaa..senang giler. terus teringat si syanie buat utk masterchef arituh..nampak cam sedap ajer chef jo komen2 bak butir sutera ke apantah. haaa apalaie, singgah kedai beli tepung, bahan yg lain memang dah ada kat rumah.

Bahan A ( untuk Butir Nangka )

  • 250 gram tepung beras pulut ( separuh plastik )
  • sedikit air 
  • pewarna ijau. daun pandan xde nak amik air ijau tu
Cara membuat Butir Nangka
  1. Masukkan tepung beras pulut ke dalam mangkuk
  2. MAsukan sedikit garam
  3. Masukkan air  sedikit demi sedikit sampai tepung jadi doh dan tidak melekat di tangan. (kalau ada pandan, blend air pandan then campurkan dgn tepung.
  4. Titiskan beberapa pewarna ijau
  5. Gontel kecil2 macam biji nangka
  6. Rebus air sampai mendidih, lepas tu masukkan biji nangka tadi yang digontel2
  7. Bila biji nangka tadi sudah naik terapung, itu maknanya sudah masak, dan bolehlah diangkat dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air paip untuk rendaman seketika.
 Bahan B ( Kuah putih )
  • santan  dari sebiji kelapa
  • 1 sudu tepung beras ( untuk memekatkan kuah )
  • 1 senduk kecil gula (jika tak suka manis kurangkan )
  • sedikit gula melaka
  • secubit garam
  1. Bagi membuat  kuahnya pula  masukkan santan, garam, gula, sedikit  tepung beras ke dalam periuk, masaklah sehingga mendidih dan mesti sentiasa dikacau agar kuahnya tidak berketul.
  2. Apabila butir nangka dah siap masak, tapis dan buangkan air rendaman tadi dan bolehlah dicampurkan butir nangka bersama kuahnya.
  3. Biarkan mendidih seketika.
  4. Lepas tu blh makan suam2 
Kesimpulanya;

eh. sedap kowt butir nangka ni. rasa cam kenyal2 masin manis lemak2 gitu. seronok time kunyah2 sebab chewwy. wah lepas ni blh buat lagi. incik somi suke makan sejuk2 bila simpan dlm esbok.


Happy mama and happy wife!!!



No comments:

Post a Comment