Raya tahun lepas kami berhijau pucuk pisang. Memang pesen si dia sebenarnya kalau baju raya pertama tu mesti 'sepapan'. hikhik.. tau tak sepapan tu apa. Means semua orang, me dia dan anak2 akan pakai baju dari kain yg sama papan dan pergi tempah la. tu namanya sepapan. Rasanya semenjak kawen dan ada anak memang raya pertama tu me akan pakai baju kurung or kebaya yg kosong. Tanpa bunga2 tau sebab dah beli kain pun sepapan kan kan... cuma terpulang pada me camner nak gunakan accessories macam pendant ker, sulam2 penuh ke, rantai peral labuh ke atau tudung bercorak2 ke bagi nak nampak cantiknya baju kain kosong tu. hahahah... Kalau tak silap sepanjang, kawen ni hanya 2 kali sahaja me pakai baju yang lain itupun sebab pregnant masa raya. Bayangkan kalau pergi beli kain untuk tempah baju raya tu sampai 15 meter..hahah dah semua skali pakai kain sama. Bila dah macam tu, me dah diberi mandat setiap tahun untuk memilih tema warna apa tapi dengan syarat kain sepapan. hahahah cerewet betul cik abang sorang ni. Janganla esok2 sampai budak2 ni dah kawen beranak pinak pon disuruhnya pakai kain sepapan... mau haru dibuatnya..kalau tang anak2 ok la, kite tak tau bakal menantu kite tu esok sekepala ke tak.. hahaha meleret2 sampai anak menantu...
Tapi sebenarnya kami anak beranak memang xde masalah dengan kain sepapan ni. Nampak sweet sesangat bila kami pergi beraya..sedondon gitew. hikhik... ermmm satu lagi, si dia xsuka beli baju melayu yg dah siap sebab nanti xsama , pakai pon selesa. ntahla... terpulang pada masing2 kan.. tapi memang xpernah beli pon baju melayu dah siap baik ayahnyerataupun anak2. Tetiap tahun mesti tempah kat tukang jahit favourite dia. Haaa satu lagi, kalau boleh kain samping pon nak yg matching tau.. adesss hai laki aku ni... dalam almari tu memang banyakla koleksi kain samping dia sebab nak di match kan dengan warna baju melayu dia. bila difikir betul jugakan..takanla samping merah nak dipakai dengan baju warna hijau.. ye tak??? hikhik...
si kakak berbaju kurung hijau pucuk pisang
syafiq
haziq
demoks ariq
weeeee~ hayang saya yg hensem
sedondon tak???? hikhik..tahun 2012 kami ber dark brown... insyallah
No comments:
Post a Comment