Assalamualaikum
Melaka Maju 750 tahun
Melaka Maju Negeriku Sayang
Negeri Bandar Teknologi Hijau
hahaha hamik ko panjang giler~ kalau anda2 sekalian berada di bumi Melaka, setiap kali ucapan diharuskan bermukadimah sebegitu yer. hikhik..kami2 yg keje gomen ni naik berbuih2 mulot kalau nak beri ucapan... sebab tu malas giler kalau jd pengerusi majlis ke apa ke...naik juling bijik mata nak menyebutnya.. hahahah..jangan jadi penduduk derhaka tawww...
ok la... me sefamili nak ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin" fuuuhhh punyala beraya sakan sampaikan malas nak update status... hahaha... sakan betul...
weeee, kan dah betul.. kami ber dark brown tahun ni. Seperti biasala kan kan..kain mesti sepapan..sebab tu sepesen ajer kami ber enam ni. Nak antar sulam tak sempat, maka me ber aksesori. Nampak tak rantai white pearl tu~ hikhik... comelll sesangat kan kan kami anak beranak. Masa ni pepagi raya sebelum nak pergi ke rumah ayah bonda untuk sembahyang hari raya. Rumah kami dengan rumah ayah bonda & rumah mertua tersangatlah dekat. Ibarat sebelah menyebelah kampung ajer, Jadi tiada masalah bagi kami untuk tentukan beraya di mana... dekat jer..tak sampai 10 minit antara ketiga buah rumah ni. Sepanjang raya ni, kami balik rumH hanya untuk tido ajer.. celik ajer mata, zaaassss terus beraya dirumah sedara mara yg celah2 kera ajer. Dah memang sepekan, sebandar kan ... sonang yooo~
Selepas Solat Sunat Aidilfitri & makan ketupat, rendang, lodeh, kuah kacang, rendang daging dan serunding daging, kami menziarah kubur arwah adik.. Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat. Naseb bebudak2 ni behave... kekononya sedekah alfatiha tu sambil menunggu ayahnya membaca Yassin.
ariq : 2 yrs, arizam 33 yrs~ sangatlah homelll nyer kan kan mereka berdua.. ariq ajer yg setia duk sebelah ayah.. abang2nya sebuk berborak2 memasing..hahah
on d way nak pulang kerumah mertua, kami singgah sebentar dirumah maklong & makdik untuk beraya sambil collect duit raya. hahahha..memandangkan maklong adalah kakak sulong mak & makdik pula adik bongsu perempuan mak yg tinggal sebelah menyebelah, jadi amat mudah untuk kami beraya. hikhik..
Lepas tu baru kami berpecah, famili yg lain terus pulang kerumah, kami sefamili terus ke rumah mertua untuk beraya pula disana. Kaklong si dia pon dah tiba dari Kulai, adiknya memang tinggal di Melaka , abangngah dah pulang ke Terengganu awal pagi lagi, jadi kami bersalam-salaman dan terus ke menziarah kubor atuk lelaki dan melawat sedara mara belah ayah mertua.
No comments:
Post a Comment