Kami berhappy SUNDAY dirumah wan aka atuk ler skali. sesajer sebab last week abah pesan, 'nanti Ahad datang ler rumah makan mee rebus, abah nak suh mak buat sebab besday abah'. anyonyonyonyo so suwet besday abah. Aritu kebetulan teman abah g check-up kat spital, me terus belanja abah makan ayam penyet kat satu restoran best kat Melaka ni. Sesajer belanja awal awal. Janji dengan mak terchenta nak balik awal nolong masak..skali dalam membasuh, mengemas, mencuci..balik2 tengok semua org tengah makan. hahahha langkah kaki kanan kan mak kan.... hikhik xpela mak, masa ni la nak makan air tangan mak yang sedap tu. Kalau orang tolong masak, baik masak sendiri makan sendiri ajer. hahahha alasan~
Dalam tengah dok lepak kekenyangan dengan mata memberat sebab kat luar hujan lebat giler, tetiba incik suami bisik kat telinga, 'ayah tanya, nak makan udang galah tak? mak masak udang galah arini...masak banyak pulak tu' . waaaaa udang galah? perghhh dah lama kowt tak makan..terus ilang ngantuk, 'jommmm sayang g umah mak pulak' muahahah tetiba tamak cam giler. so kami keluar jap balik ke rumah mertua. untooonglaaa~ rumah mak ai dengan rumah mertua hanya sekangkang kera ajer. Nak buat camner..kekonon study kat Penang tu, nak cari bakal suami jejauh cam Kedah ke, Perlis ke sebab dah bosan kampung mak dgn kampung abah pon sebelah menyebelah ajer~ skali nak wat camno... jatuh cinto gak ngan orang sepelaung tanah. hahahhaaha. Tapi kawen dedekat ni banyak sangat faedah contoh cam raya... serius weii xpernah gaduh pasal balik raya, wekend memang dah bahagi2 kalau sabtu g umah mak me, ahad akan g umah mak mertua...camtula. Naseb la kalau time tengah2 malas giler nak masak, arini g mentapau umah mak, esok mentapau umah mertua. muahahhaha gelak jahat~.
Alhamdulillah family mertua cam family me sendiri~ sangat2 memahami dan sporting abes...salute la kat mak dan my ayah mertua. time kasih banyak sebab buatkan saya tak rasa seperti menantu..rasa seperti anak depa sendiri, dilayan pon seperti anak sendiri... huuuuu tetiba fefeling la kan.
haaa hamik ko udang esar gilers ~ mak masak memang terbaik. sedap ya amaaat.
mee rebus mak tak sempat nak snap sebab balik2 ajer semua orang tengah makan..
bekpes sebelum g umah wan~ masak bubur ajer sebab melayankan anak tekak dik mok yg demam. Sesekali makan bubur, letak santan sket, pastu goreng pekasam, ikan bilis dgn cili hiris sautee.. daapnyer
kalau pergi umah wan, aktiviti memalam nila dia. Kebetulan wan memang mengajar mengaji, jadi bebudak ni memang suka tumpang sekaki mengaji dengan wan. Sangat seronok hokkay bebudak ni asyikla sebut 'wan nak ngaji' sebabnya kalau mengaji dengan ayah memalam asyik kena rotan. muahaha ayahnyer garang time ajar budak2 ni ngaji..siap ada rotan kat sebelah. Bak kata ayah ngaji tak boleh nak memain.
"abang xnak songkok, abang nak kopiah ajer. Pakai songkok nanti tak ensem". banyakla cekadak ko syafiq kan~ kekonon tengok atuk pakai kopiah, ensem la tu
~ini asila, anak angah~
tolonggg jangan tinggalkan budak ni berdua. janganla leka yer..kang tetiba dengar budak kecik ni melalak kena cubit dengan dak ariq~ dah kata kan si ariq garang~ haaaa nampak tak, time org sibuk mengaji menyempat nak cubit si budak kecik ni kan.. tak boleh la mama dia nak dukung si kecik ni, xpasal2 makan penampau dengan abg ariq eh kan asila kan ..shiaan dia kena buli.
No comments:
Post a Comment