Alhamdulillah, tahun 2012 tempat kami dapat melaksanakan 17 ekor lembu untuk majlis sambutan KORBAN & AQIQAH. Bukan area rumah kami, ni kat rumah mak abah. Kami pon join sekali untuk Haziq, angah pon join skali untuk Atirah & Hazim. Seronok sungguh tetiap tahun dapat join majlis korban & aqiqah kat sini. Memang meriah. Tetiap tahun akan penuhla padang kat sebelah masjid An-Nur ni. Siap ada gotong royong masak memasak daging yang telah di korbankan. Alhamdulillah... masing2 bizi tapi setiap kali Raya Aidiladha, semua orang dapat berjumpa kat sini untuk majlis korban & aqiqah ni. MERIAH~
Tak taula pulak me kalau kat tempat2 lain semeriah mcm ni. Tapi kat sini memang setiap tahun sangat2 teruja nak pergi berkumpul sesama. Sebab tula setiap tahun me seronok nak join majlis korban untuk anak2. Si kakak dan Syafiq dah sudah, tahun ni giliran Haziq pulak. Kiranya ni dah masuk 3 kali la me join untuk anak2. Alhamdulillah ada rezeki untuk anak2. Nasib incik suami jugak sangat sporting untuk berpagi raya dan menjalani ibadah korban di rumah mak & abah tetiap tahun. Memang dia pon sangat seronok untuk join majlis korban aqiqah disini, sebab tu la xkisah pon ngeeehe. Lepas tu baru kami pulang kerumah mertua.
Tapi~ oleh kerana tahun ni Sambutan Aidiladha jatuh pada hari Jumaat serta memandangkan korban tahun meningkat jumlahnya, maka kariah masjid disini decide nak buat majlis pada Sabtu kerana taknak mengganggu solat Jumaat. Jadi tahun ni, kami perpagi raya di rumah mertua. Kampung mertua, majlis korbannya tak semeriah macam kat rumah mak abah, tahun ni jumlah lembu hanya 5 ekor. Tak ramai kamuniti yang join pon. jangan mare ehh hayaang.
Anak2 memang tetiap tahun akan teruja la bila tiba Aidiladha kat sini. kehulu kehilir dia pergi tengok lembu2 tu, kadang2 pergi menyibuk tengok atuk dan baba tolong orang potong2 daging tu untuk diagih2kan. Wan dia pon ada tolong memasak. Tahun ni mereka masak Asam pedas daging, nyummnyum. Sangat seronok bila begini sebenarnya sebab semua orang akan take part masing2 dan secara tak langsung akan meningkatkan semangat bergotong royong, bantu mebantu..semua orang akan merasa daging2 korban yang diagihkan, kite pon akan kenal sesama komuniti kite kan kan... ker bergosip ajer lebih mengalahkan mak jemah... antara dialoq yang biasa kite dengar time2 cenggini- 'eh anak ko dah berapa?' eh ko skang dok mana?' eh ko skang keje katner', 'eh dah lama tak jumper kan', 'eh apa fb ko ', 'eh ko pakai kete apa?' hahaha 'eh laki ko yang mana satu', hahahahaha dialog tak menahan
tapi kan..masa me lihat kat luar pagar masjid, ramai jiran2 bangsa lain sepertia india dan china yang datang tengok...mereka hanya berdiri reramai kat tepi pagar tepi masjid untuk tgk bagaimana majlis korban ni diadakan. Alhamdulillah... kami duduk dan dibesarkan didalam komuniti yang sangat2 hormat menghormati dan tolong menolong sesama jiran tetangga walaupun tolong tengok. hikhihkik
KAMI
budak2 ni semua sangat2 excited.. semua part dia tengok dari menyembelih, melapah, memotong, memasak.. hahaha mama ajer yang tak berani nak tengok part sembelih tu. Budak2 ni selamber ajer~
Salah seekor lembu yang bakal dikorbankan- lembu si haziq no 3
sesi melapah lembu2 yang telah dikorbankan
sebahagian dari 17 ekor lembu yang sudah dikorbankan, untuk sesi melapah pulak.
untuk diagih2kan
bawah ni gambar2 yang diambil dari FB kawan... tq eh ajip tumpang pinjam gambar
Masjid An-Nur dipagi hari
menurunkan lembu2 untuk majlis korban
gotong royong melapah daging dan mengagihkan daging - sungguh meriah
YB Datuk Ahmad Hamzah, Ahli Parlimen kawasan yang hadir dan melaksanakan majlis korban
Alhamdulillah, selesai sudah.. tahun depan jumper lagi. jomm balik masak daging.
- tolong abaikan baju me yang nampak cam mengandung 9 bolan... apekehal baju ni ke angin bertiup ni????? *gerammmmm
syafiq dan kakak - dah jommm balik mandi, dah bau cam lembuu la korang. ngeeeehe
'mama, tadikan muke lembu tu camni~ senget2 orang penyet dia tepi pokok' hahahhaha
No comments:
Post a Comment