Monday, April 9, 2012

~MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W~

Ada seorang member tak percaya tentang khasiat buah Delima ini.. Jadi si awek comel ni dengan berbesar hati nak berkongsi la tentang khasiat bukan setakat buah delima tetapi sekali dengan makanan kegemaran Rasullah S.A.W.. terima kasih kepada kawan yang meberi ruang untuk saya meng copy dan paste dari FB nyer... appreciate sangat2  muahhh
"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti
    rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
    buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
    ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
    panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
    Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
     melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
    tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
    memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
    kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
    radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
      di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
      Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^

SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias

No comments:

Post a Comment