Thursday, August 30, 2012

best SaNGAT ke jadi reSEARCH officer???

Aritu raya, balik kampung..ramai sangat org cakap bestnyer buat keje kaji kaji ni. Nak nak bidang me dalam plant research. hahaha semua pakat dok tanya camner eh keje penyelidik. haaa malas nak citer banyak...korang scroll la kat bawah ni yer.  camnila keje nyer ye~





















Wednesday, August 29, 2012

open HOUSE umah mertUA

Raya ke5, famili mertua buat rumah terbuka. Kata ayah dia buat untuk customer2 katering dan juga untuk sedara mara. ffuuuuuhhh sehari sebelum kami dah bizi bergotong royong untuk persediaan. Untuk open house ni ayah xsuh pekerja dia buat.. semua dibuat sendiri bersama2 famili. me & incik suami ditugaskan untuk manage western area- spageti bolonese dengan carbonara fettuchini, kaklong manage nasi kerabu, mee bandung, air kathira & laksa.. mak mertua dan ayah manage nasi campur plus lauk pauk & juga nasi lemak.. haaa cendol skali.. air incik suami yg buat.. air sunquick. hahaha memacam.. yg lain2 adik ipar yg membantu.

weeeee~ assistant atok kadir. buzy la tu kekonon menolong mengacau lauk dalam kuali. ni kalau xbetul boleh termasuk dalam kuali atok tau.. kuali tu dahla besar gabak, muat tau korang dua masuk dalam tu. ngehehehe 

tak sempat kami nak bergambar sefamili memandangkan pagi2 dah bizi.. ni pun me sempat curi masa bergambar dgn budak demoks ni..kami ber unggu pada raya ke5. huhuh orang punyala ramai start dari jam 10 pagi sampai ke tgh malam pon masih lagi ramai. fuuuuhhhh naseb ayah upah mak midah untuk settlekan bahagian mengemas & mencuci.. semua mak midah buatlah.. kalau tak memang xlarat. hahahah xlarat sebab banyak sgt makan sebenarnya... memang selagi duduk kat khemah tu, ada ajer yg mengunyah..bahaya betul. Last2 me duduk dalam rumah tengok tv. hahahahha

western territory.. ada spageti bolognese & fettuchini with carbonara~abes licin xsempat sampai ke malam walaupun masak seperiuk besar

nasi kerabu territory: sedap gilosss~ menambah kaklong kena masak lagi

laksa & mee bandung territory - yang ni pin sedap.. hahah semuanyalah sedap dah nama pon anak beranak katering yg masak

nasi campur territory: ayah masak nasi putih plus lauk pauk : kari ayam, lemak cili api tulang plus rebung, sayur pecal, daging goreng kunyit dan paru sambal

air territory: sedap gilos pepanas buta dok mengulang cendol dgn air kathira tu~ air oren tu bebudak yg ramai suka

nasi lemak territory: haaaaa luper nak amik gamabar. Mentang2 nasi lemak ajer kan ko.. mau tak kecik ati. hahaha nasi lemak mak mertua yg masak, skali dgn telur rebus, kacang, bilis goreng dan pelakon uatama dia mestilah sambal tumis kan kan..kalau xde sambal namanya jadi nasi santan ikan bilis. hahahaha

haaaaa ni kemas mengemas territory: budak ni asyikla tolong kemas sudu atuk kadir dia. abess semua berterabur. maklumla dah takder keje... sesi memasak kat dapor dah abes. hahahahha


hahahha oleh kerana me buzy mengambil gambar diri sendiri, sampai terlupa nak amik gambar tuan rumah kan kan.... adessss xpelah sekian dahulu dari saya mewakili K&N Catering ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yg sudi datang memeriahkan majlis rumah terbuka kami.. segala salah dan silap minta dimaafkan; Selamat Hari Raya Aidilfitri~


Tuesday, August 28, 2012

citer2 RAYA

Raya ke3, kami ber kuning & merah. lelaki sekalin ber kuning yer sebab haziq suka kuning. Mama dengan kakak bermerah. hahahah cari baju kuning, xde yg berkenan..maka kami ber merah

tengahari dirumah wan & atok.... muak makan nasi impit, rendang mee bagai... maka telor goreng kicap laku habes... licin betul budak2 ni makan menambah2 lagi tu~

Raya ke4, kami ber pink. hahaha sempat shopping tudung untuk diapakai semasa open house umah mertua pada raya ke5. weeeeee raya2 pon seronok shopping


ariq main nyorok2 dibalik tiang rumah kampung. hahahha


salam LEBARAN II

Raya ke2, kami ber merah. hahaha kebetulan kaklong sefamili pun merah. Pagi2 lagi kami bersama keluarga mertua nak bergerak ke Johor pulak memandangkan adik beradik mak mertua ramai tinggal disana. Jadi selalunya raya ke2 kami sekeluarga akan ke Johor. Selalunya sehari sahaja, tidakla bermalam disana. 

ber3 dan autobot kesayangan hamba.. hahaha yg lain ajak bergambar xnak..sebuk dok kejar ayam keliling rumah. hahaha maklumla jarang jumpa ayam hidup. Selalu asyik jumpa ayam dalam periuk ajer. hhahhaah

homellll mama

salam LEBARAN 2012

Assalamualaikum
Melaka Maju 750 tahun
Melaka Maju Negeriku Sayang
Negeri Bandar Teknologi Hijau

hahaha hamik ko panjang giler~ kalau anda2 sekalian berada di bumi Melaka, setiap kali ucapan diharuskan bermukadimah sebegitu yer. hikhik..kami2 yg keje gomen ni naik berbuih2 mulot kalau nak beri ucapan... sebab tu malas giler kalau jd pengerusi majlis ke apa ke...naik juling bijik mata nak menyebutnya.. hahahah..jangan jadi penduduk derhaka tawww...

ok la... me sefamili  nak ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin" fuuuhhh punyala beraya sakan sampaikan malas nak update status... hahaha... sakan betul...


weeee, kan dah betul.. kami ber dark brown tahun ni. Seperti biasala kan kan..kain mesti sepapan..sebab tu sepesen ajer kami ber enam ni. Nak antar sulam tak sempat, maka me ber aksesori. Nampak tak rantai white pearl tu~ hikhik... comelll sesangat kan kan kami anak beranak. Masa ni pepagi raya sebelum nak pergi ke rumah ayah bonda untuk sembahyang hari raya. Rumah kami dengan rumah ayah bonda & rumah  mertua tersangatlah dekat. Ibarat sebelah menyebelah kampung ajer, Jadi tiada masalah bagi kami untuk tentukan beraya di mana... dekat jer..tak sampai 10 minit antara ketiga buah rumah ni. Sepanjang raya ni, kami balik rumH hanya untuk tido ajer.. celik ajer mata, zaaassss terus beraya dirumah sedara mara yg celah2 kera ajer. Dah memang sepekan, sebandar kan ... sonang yooo~


Selepas Solat Sunat Aidilfitri & makan ketupat, rendang, lodeh, kuah kacang, rendang daging dan serunding daging, kami menziarah kubur arwah adik.. Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat. Naseb bebudak2 ni behave... kekononya sedekah alfatiha tu sambil menunggu ayahnya membaca Yassin.

ariq : 2 yrs, arizam 33 yrs~ sangatlah homelll nyer kan kan mereka berdua.. ariq ajer yg setia duk sebelah ayah.. abang2nya sebuk berborak2 memasing..hahah

on d way nak pulang kerumah mertua, kami singgah sebentar dirumah maklong & makdik untuk beraya sambil collect duit raya. hahahha..memandangkan maklong adalah kakak sulong mak & makdik pula adik bongsu perempuan mak yg tinggal sebelah menyebelah, jadi amat mudah untuk kami beraya. hikhik.. 


Lepas tu baru kami berpecah, famili yg lain terus pulang kerumah, kami sefamili terus ke rumah mertua untuk beraya pula disana. Kaklong si dia pon dah tiba dari Kulai, adiknya memang tinggal di Melaka , abangngah dah pulang ke Terengganu awal pagi lagi, jadi kami bersalam-salaman dan terus ke menziarah kubor atuk lelaki dan melawat sedara mara belah ayah mertua.

Tuesday, August 14, 2012

rAYA 2011

Raya tahun lepas kami berhijau pucuk pisang. Memang pesen si dia sebenarnya kalau baju raya pertama tu mesti 'sepapan'. hikhik.. tau tak sepapan tu apa. Means semua orang, me dia dan anak2 akan pakai baju dari kain yg sama papan dan pergi tempah la. tu namanya sepapan. Rasanya semenjak kawen dan ada anak memang raya pertama tu me akan pakai baju kurung or kebaya yg kosong. Tanpa bunga2 tau sebab dah beli kain pun sepapan kan kan... cuma terpulang pada me camner nak gunakan accessories macam pendant ker, sulam2 penuh ke, rantai peral labuh ke atau tudung bercorak2 ke bagi nak nampak cantiknya baju kain kosong tu. hahahah... Kalau tak silap sepanjang, kawen ni hanya 2 kali sahaja me pakai baju yang lain itupun sebab pregnant masa raya.  Bayangkan kalau pergi beli kain untuk tempah baju raya tu sampai 15 meter..hahah dah semua skali pakai kain sama. Bila dah macam tu, me dah diberi mandat setiap tahun untuk memilih tema warna apa tapi dengan syarat kain sepapan. hahahah cerewet betul cik abang sorang ni. Janganla esok2 sampai budak2 ni dah kawen beranak pinak pon disuruhnya pakai kain sepapan... mau haru dibuatnya..kalau tang anak2 ok la, kite tak tau bakal menantu kite tu esok sekepala ke tak.. hahaha meleret2 sampai anak menantu...

Tapi sebenarnya kami anak beranak memang xde masalah dengan kain sepapan ni. Nampak sweet sesangat bila kami pergi beraya..sedondon gitew. hikhik... ermmm satu lagi, si dia xsuka beli baju melayu yg dah siap sebab nanti xsama , pakai pon selesa. ntahla... terpulang pada masing2 kan.. tapi memang xpernah beli pon baju melayu dah siap baik ayahnyerataupun anak2. Tetiap tahun mesti tempah kat tukang jahit favourite dia. Haaa satu lagi, kalau boleh kain samping pon nak yg matching tau.. adesss hai laki aku ni... dalam almari tu memang banyakla koleksi kain samping dia sebab nak di match kan dengan warna baju melayu dia. bila difikir betul jugakan..takanla samping merah nak dipakai dengan baju warna hijau.. ye tak??? hikhik...

si kakak berbaju kurung hijau pucuk pisang

syafiq 

haziq

demoks ariq

weeeee~ hayang saya yg hensem

sedondon tak???? hikhik..tahun 2012 kami ber dark brown... insyallah

Monday, August 13, 2012

persiapan RAYA

fuuuhh~ raya dah nak dekat.... tak sabar nak menyambut Syawal hanyalah disebabkan oleh anak.. excitednyer anak2 nak beraya menyebabkan dengan mamanya skali excited..seronok tau maybe sebab tahun ni si kakak dan syafiq berpuasa..jadi terasa sangat2 nak beraya..budak2 ni pon semacam tak sabar nak beraya pakai baju baru, kasut baru. hikhik.. mamanya dengan ayahnya xkisahlah apa yg ada janji baju kan. Atuk nenek, wan semua janji nak bagi duit raya kat syafiq sebab dapat berpuasa penuh... alhamdulillah baru dia tau erti sabar dan erti berhari raya~

ayahnyer oiii, bila kita nak beli barang2 persiapan raya ni..baju2 semua dah siap cuma kasut aje yang masih belom lagi ni..tapak tangan mama dah gatal2 ni nak menyopping barang2 persiapan raya untuk rumah... hikhik.... baju melayu dan baju kurung insyallah dalam minggu ni dapat . Tema kami tahun ni adalah dark brown.. :) 

takde mood betul nak update blog sebab mood raya dah meroyan2 ni. hahah..insyallah nnti esok esokla me update lagi yer...

Wednesday, August 8, 2012

WORDless wednesday

menu berbuka semalam; alhamdulillah w/pun lambat sket sampai rumah tapi sempat jugak masak~

bawal masak 3 rasa

tauhu lembut stim bersos tiram

sayur pak choy dengan sos tiram



apabila MAMA mama berSHOPPING raya

Raya dah dekat..pasti ramai yang sedang sibuk sediakan persiapan raya kan.. Kalau tak untuk diri sendiri, untuk anak-anak..betul tak?? kalau pergi mana-mana shopping complex ke bazar raya ke mesti penuh dengan umat manusia.. Maklumla rakyat Malaysia ni terutama kaum2 ibu ni suka sangat bersedekah :) sedekah pada tauke kedai. hikhik... Selagi tak tiba raya berbondong2 keperluan raya tu nak dibelinya... tak kisahla apa yang nampak menarik semua nak beli termasuk la orang nak menulis blog ni. hahaha dah lumrah kan kaum wanita dengan shopping agak susah nak dipisahkan~

Tapi dalam pada bershopping tu jangan lupa pada anak2.. Kadang2 rasa kecewa dengan parents yg kalau menyopping, sampai anak2 pon boleh hilang..nauzubillah~ untuk pengajaran buat saya juge. Apa la yg disebukan sampai boleh ilang anak..rasa nak pelempang ajer sebab dah itu amanah Allah untuk dijaga, jagala elok2 kan.. kalau rasa susah nak jaga time menyopping, tak payahla nak bawa. Tinggalkan kat rumah ke pandai2 la cari masa. huhu.... sebab me kalau rasa nak shopping yg perlukan fokus eccehh ecceh, me dan husband akan amik cuti..anak2 memang tak bawalah.. 

Contohnya JJ card member day tempohari.. Gegeh taw me amik cuti semata2 nak menyopping hahah. Anak2 pulak g sekolah. Yg peliknya time ramai org tu, ada jugak yg gegeh nak bawa anak, pastu menages2 sebab anak ilang.. yang kes pelempang anak pon ada taw..memang berlaku depan mata me, tau la kalau time JJ card member day tu punyala penuh org.. si maknyer ni pon pelempang la anak dia sebab melalak2 nak balik dan lapau.. bayangkan perghhh rasa nak g ceramah jugak kat situ , lain kali tak payah nak bawa anak kalau situasi macam tu ramai orang...
Satu masa tu gegeh g bawa baby kecik molek lagi...adesss pastu baby dia nages2 sebab nak menenek..fuuuhh punyala me tgk mak baby tu dok lepaskan geram kat suami dia pulak..aiseehhh dah ko g bawa baby kecik2 lagi tu buat apa...sian laki ko kena bebel. hahaha

Moral of the stori: boleh ajer nak bawa anak2 skali pergi shopping tapi kena pada masa yang betul, mental yg cukup dan fizikal yg cukup..insyallah

haha senang citer, sumbat semua dalam troli.. kalau tak, macam semut kena air...mengebau2 kesana kemari




Tuesday, August 7, 2012

spagheti & daGING goRENG kunyit

taraaaa~ spageti bolognese versi my air tangan.. sedaaaappp tak???? saper kata sedap, meh angkat tangan

Semalam masak jugak akhirnya spagethi bolognese ni. haaaaa abes licin dgn budak2 ni makan menambah nambah..sebab tu reason utama i x suke beli / tapau kat kedai..sebab kesian nanti tgk kids kalau nak tambah ker..macam xcukup kan..kalau buat sendiri.. haaa amik ko banyak ingredients me letak ikut resepi suke ati. hahah my kids pon boleh menambah berapa banyak yg dia nak tanpa membazir.. haaa achanerr tu banyak tapi x membazir??? acaniii la~ hahahahah. kena pandai budget banyak mana nak masak... bila dah jadi super duper mummy ni...automatic serba serbi boleh punyerla  :)

hahah spageti ni me masak macam u ol semua masakla...xsusah mana kan..rasanya semua org tau nak masak spagethi dgn sos bolognese ni. cume kali ni resepi me ni berasaskan apa ada dalam fridge. hikhik... mana yg ada semua me masukan..malas nak g kedai.

tula ingredients nya..me xguna pon sos spagethi segera yg jual kat kedai tu or me xguna pon tomato puri.. me guna fresh tomatoes yg ada banyak dalam peti tu..sihat dan jimat. hikhik..lagipun xdela mulut2 anak2 me akan merah2 dgn food coloring kalau pakai fresh tomatoes ni... betul tak?? kalau sos yg gune sos segera tu bila makan mesti merah2 mulut kan xpon kat pinggan pon kadang2 ada warna2 merah tu.. tu maksudnya sos tu terlebih food coloring dia... 

masak macam biasala..cincang bawang besar, bawang putih, fresh tomatoes tu kite blend yerrr nak jadikan puree.


haaaa macam biasa.. tumis semua bahan2 yg dicincang tu..cume me masukanla cili api seketul nak bg rasa pedas sket, pastu masukan kentang cincang... dah kuning2 skit, masukan daging cincang..gaul sampai terbit minyak.. pastu masukanla tomato puree tadi tu... kacau then masukan garam skit, rosemary, oregano, black pepper.. carror dipotong dadu...kacau sampai kuah tu jadi agak pekat. 

taraaaa~ siap... spageti tu jgn pulak luper nak rebus.. cara dan masa depends la.. tgk kat packing tu pon ada tulis camner nak masak. tapi serius ni... kalau guna fresh tomatoes sedap jugak..takla masam sgt2. saper2 yg xsuke masam2 sgt tu boleh guna fresh tomatoes tu.. rasa tomatoes tu menambahkan rasa sedap lagi la kat sos bolognese tu. Cume xde mozarella la kat rumah. dah abes..kalau ada lagi sedap boleh grated kat atas sos tu. color dia pon xla merah sgt..sesuai for kids selain banyak vit A... dan beta karotena... errrr nyummmyyyyy betul... next time boleh guna fresh tomatoes ajela tapi make sure beli buah yg dah masak yerrr jgnl;a gune buah yg kental2 oren2 tu...xmasak sgt tu...pastu nak taburkan grated mozarella...uiiiii sedap kan kan...

Memandangkan hayang saya xberape nak tekak western time bulan2 pose ni, maka terciptalah lauk daging kunyit dengan telur dadar budu. sedaaappp la. tak sangka pulak cincai2 tu pon sedap..bayangkan dah tgh2 malam before tido me boleh makan sepinggan nasi with si ariq demoks... menyibuk ajerkan budak demoks tu.. hahahha sahur lagi pon makan lauk yang sama...kekononya berbuka dah makan spageti, xnakla makan nasi..boleh diet.. tapi fuuuhhhh color2 yg cun2 kat lauk tu menggoda iman tekak betul.... apalagi..ngap ajela...sidemoks tu pulak terjaga nak susu..skali nampak mama dia makan nasi tgk tv, apalagila..susu bertukar nasi... hahahah like mama like son kan...

telur dadar tu me campurkanla budu sket masa menggodak tu. hahahah sedap giler kentang~ ada pedas2 masin... fuuuhhhh 

hahah gigih hayang aye ni buat teh tarik ala ala mamak... hahahah rajin betul melayankan anak2 nak minum teh tarik. apa2 pun comellll ajer dia...

my rules dibulan Ramadhan: waktu makan tak boleh bercakap.. hahaah kalau xde rules tu memang kompom sampai sahur pon xsudah2 lagi makan kalau dah ciuk miuk coceh coceh sesama depa ni..ngalahkan org kat kedai kopi la..boleh pengsaannn tau kalau layan...citer pasal robotla, pasal teacher la, pasal saper ensemla, pasal kereta ayah yg cantikla..pasal mercunla..pasal si polan polan la... yg tak tahan..citer pasal rumah jiran yg tambah rumah cantik pon boleh masuk topik tau... huhu...kadang2 kalau dibiar, me dgn ayahnyer dah sudah, dah siap dok depan tv rehat, depa 4 org still ada kat situ lagi berborak... adoaaaiiiiii macam anak ayam..cit cat cit cat...









Monday, August 6, 2012

menu berbuKA dengan naSi keRABU

Semalam berbuka dirumah mertua.. sebab kak ipar me yg duk kat Kulai tu balik~ sajer je nak buat entry ni sebab nak post gambar nasi kerabu yang dia buat. sedaaappp nyer. Bayangkan dalam tempoh Ramadhan ni kira semalam la 1st time me makan nasi kerabu. Selalunyer me memang peminat setia nasi kerabu..bila bulan puasa mesti pergi cari kat pasar Ramadhan tapi tahun ni xmenyempat ajer nak singgah bazar ramadhan, kalau pergi pon yg dekat opis ni haa cari roti john..fuuuhhhh kira hampir lengkap sebulan ler Ramadhan tahun ni me memasak sendiri.. fuyyooooo xsangka kan kan.. haaa memang xde langsung g bazaar beli makanan2. Tahun lepas macam selalu ajer.. waaahhhhhh bangga tak incik suami sayer???? hayanggg oo hayang~ bangga tak wife demoks terchenta abang ni memasak hampir dah nak sebulan ni. muahahahah... kalau tak pun, g umah mak makan..kira masak umah mak la jugak kan~ hikhikhik...

weeee~ sister in law homemade nasi kerabu ..sedaapppp

issskkk berbudak ni, lagi 1/2 jam nak berbuka tu dia dah dok depan tikar...xnyempat2

mak mak with their kids, dok kat atas tikau ajela, biar bapak2, org tua2 dok atas meja. muahahah

p/s: nampak tak si demoks baju merah...dok kat tengah2 foods tu sebab senang nak ambil semua foods kat situ. hahahah ngalahkan org pose