Thursday, May 17, 2012

abah~

Isnin lalu, teman abah pergi Hospital Besar Melaka untuk ambil keputusan ujian di Pakar Telinga, Hidung & mulut.. keputusan doktor tu mengesahkan abah mengidap kanser / ketumbuhan di hidungnya.. tapi doktor tu kata masih lagi early stage dan alhamdulillah mengikut doktor sel2 kanser tu masih tidak merebak lagi. Insyallah masih boleh diubati.. Alhamdulillah abah tak terkejut sebab memang abah sangat2 kuat dan tabah... terima kasih la doktor yang sangat cantik tu... lupe pulak nak tengok nama kat tag... doktor yang sangat2 supportive dan baik hati termasuk misi Noraini yang sangat2 mengambil berat~ betul kata abah, xperlu ke private hospital pon... masih ramai lagi doktor dan misi yang sangat bagus berdedikasi di goverment's hospital.. cume adat biasala..kena menunggu hampir 2 jam.. tapi sebenarnya abah telah mempengaruhi aku..menunggu itu lebih baik ~ 

macam2 ragam yg dapat dilihat ..abah pon kelihatan seronok sangat berborak2 dengan pakcik2 makcik di bilik menunggu tu.. hahah berbanding di Pantai hospital..dia banyak termenung sebab kebanyakan yg pergi sombong2 belaka dan berlagak minta dilayan macam raja... hahahha... yelaa kalau macam aku ni muda2 memang mementingkan keselesaan dan servis yg bagus..tapi kalau dh macam abah ni..dia xkisah semua tu, janji dia ada kawan2 boleh berborak2 boleh tengok ragam org lebih memerhati dan mengadaptasi... huhu

well, kawan2 saya berharap agar kawan2 dapat mendoakan agar my abah akan kembali sihat seperti biasa amiin... 28 May 2012 abah akan masuk ward untuk memulakan rawatan kimoterapinya selama 6 weeks~



Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

No comments:

Post a Comment