Tuesday, July 24, 2012

renDANg ayam puaSA

Sehari sebelum puasa me ada buat rendang ayam.. Ayam yg abah belanja biler jemput dia balik dr spital tempohari. hahah... beli sekilo utk buat rendang. Jadila sebab makan berenam yg mulut masing2 kecik2 belaka kecuali mama dgn ayahnyerla. Me memang suke makan rendang.. Favourite 4eva ni. Ibarat xlapuk dek panas, xlekang dek hujan.. haaa mcm tula. hahaha tapi depends jugakla. Kalau rendang tok tu me kurang sikit sbb rendang tok xlemak sgt2 mcm rendang yg diletak santan kelapa. hahaha... ' yg lemak itu sedap' haha.

biasala, sempena meraikan kedatangan Ramadhan al-mubarak. bukan susah pon kan nak buatnyer. hahah dah nama makanan paberet.kalau xreti buat sendiri, baik xpayah makan. Rendang tu skali buat sahur pagi 1 Ramadhan. Dah biasa kot..masak rendang bagi menyambut Ramadhan. Rasanya org ramai pon macam tu. huhu...kalau kat Melaka ni, sehari sebelum Ramadhan penuhla nampak khemah dijalan2 org menjual daging lembu yg gantung2 sekor2 tu. meriahkan..xtauler kalau kat negeri lain2 ada macam ni. Biasanya mak2 ni akan beli daging utk dibuat rendang ataupun sup tulang utk menyambut Ramadhan. 


fuuuuhhh.. rendang ayam yg marbeles

Resepi?? me main campak2 ajer, tapi bolehla kalau nak agak2 tu

Bahan2nya:
Bawang besar sebiji, Bawang kecil dlm 3 biji
Bawang putih dalam 3-4 ulas
Serai 2 batang
cili api dalam 6-7 batang (xnak pedas sgt sbb anak2 nak makan kan)
semua bahan2 kat atas ni dikisar halus

Halia 1 inchi, lengkuas pon dlm 1 inchi - diketuk
santan sebiji
garam secukup rasa
kerisik kelapa 2 sudu besar
daun kunyit dihiris halus

hero dia:  Ayam sekilo lebih

Cara2:
me masukan semua bahan kisar dalam kuali, ayam dan halia, lengkuas. Kecutkan ayam sebentar bersama bahan kisar semua. 
kemudian, masukan air, agak2 sebab ayam cepat masak. Kalau masak lama, nnt ayam jadi hancur.
Masukan garam.
Biarkan menggelegak, masukan santan.
Masak sampai dah agak pekat kemudian masukan sedikit kerisik kelapa
Gaul sebati, dan bila dah agak kering, masukan daun kunyit yg dihiris halus.
Taraaaa siap






No comments:

Post a Comment