Wednesday, August 29, 2012

open HOUSE umah mertUA

Raya ke5, famili mertua buat rumah terbuka. Kata ayah dia buat untuk customer2 katering dan juga untuk sedara mara. ffuuuuuhhh sehari sebelum kami dah bizi bergotong royong untuk persediaan. Untuk open house ni ayah xsuh pekerja dia buat.. semua dibuat sendiri bersama2 famili. me & incik suami ditugaskan untuk manage western area- spageti bolonese dengan carbonara fettuchini, kaklong manage nasi kerabu, mee bandung, air kathira & laksa.. mak mertua dan ayah manage nasi campur plus lauk pauk & juga nasi lemak.. haaa cendol skali.. air incik suami yg buat.. air sunquick. hahaha memacam.. yg lain2 adik ipar yg membantu.

weeeee~ assistant atok kadir. buzy la tu kekonon menolong mengacau lauk dalam kuali. ni kalau xbetul boleh termasuk dalam kuali atok tau.. kuali tu dahla besar gabak, muat tau korang dua masuk dalam tu. ngehehehe 

tak sempat kami nak bergambar sefamili memandangkan pagi2 dah bizi.. ni pun me sempat curi masa bergambar dgn budak demoks ni..kami ber unggu pada raya ke5. huhuh orang punyala ramai start dari jam 10 pagi sampai ke tgh malam pon masih lagi ramai. fuuuuhhhh naseb ayah upah mak midah untuk settlekan bahagian mengemas & mencuci.. semua mak midah buatlah.. kalau tak memang xlarat. hahahah xlarat sebab banyak sgt makan sebenarnya... memang selagi duduk kat khemah tu, ada ajer yg mengunyah..bahaya betul. Last2 me duduk dalam rumah tengok tv. hahahahha

western territory.. ada spageti bolognese & fettuchini with carbonara~abes licin xsempat sampai ke malam walaupun masak seperiuk besar

nasi kerabu territory: sedap gilosss~ menambah kaklong kena masak lagi

laksa & mee bandung territory - yang ni pin sedap.. hahah semuanyalah sedap dah nama pon anak beranak katering yg masak

nasi campur territory: ayah masak nasi putih plus lauk pauk : kari ayam, lemak cili api tulang plus rebung, sayur pecal, daging goreng kunyit dan paru sambal

air territory: sedap gilos pepanas buta dok mengulang cendol dgn air kathira tu~ air oren tu bebudak yg ramai suka

nasi lemak territory: haaaaa luper nak amik gamabar. Mentang2 nasi lemak ajer kan ko.. mau tak kecik ati. hahaha nasi lemak mak mertua yg masak, skali dgn telur rebus, kacang, bilis goreng dan pelakon uatama dia mestilah sambal tumis kan kan..kalau xde sambal namanya jadi nasi santan ikan bilis. hahahaha

haaaaa ni kemas mengemas territory: budak ni asyikla tolong kemas sudu atuk kadir dia. abess semua berterabur. maklumla dah takder keje... sesi memasak kat dapor dah abes. hahahahha


hahahha oleh kerana me buzy mengambil gambar diri sendiri, sampai terlupa nak amik gambar tuan rumah kan kan.... adessss xpelah sekian dahulu dari saya mewakili K&N Catering ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yg sudi datang memeriahkan majlis rumah terbuka kami.. segala salah dan silap minta dimaafkan; Selamat Hari Raya Aidilfitri~


No comments:

Post a Comment